Masalah air di Selangor telah pun dijangka seawal
sekurang-kurangnya 4 tahun dahulu. Kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar
telah pun memberi amaran bahawa masalah air akan meruncing menjelang 2014
sekiranya tiada langkah awal dilakukan untuk menanganinya.
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan pusat telah pun
merangka projek bagi menyalurkan air dari Pahang ke Selangor melalui Projek
Loji Langat 2 yang kemudiannya ditentang hebat oleh kerajaan PR Selangor. Kerajaan PR menafikan yang Selangor
bakal menghadapi masalah air dan turut mendabik dada kononnya mampu membawa
masuk teknologi yang jauh lebih baik untuk merawat air berbanding cara
konvensional oleh Loji Langat 2.
Di sebalik penafian PR, masalah air terus berlaku sejak beberapa
tahun lepas dan semakin kronik pada tahun ini selaras dengan jangkaan
pakar.
Apa yang dikesalkan ialah kerajaan Selangor enggan
bertanggungjawab dan mengakui kesalahan. Mereka sebaliknya menuding jari ke
serata arah bagi mengelak kebodohan mereka dikesan oleh rakyat.
Justeru, setiap kali krisis air berlaku, akan adalah pihak yang
menuduhnya sebagai sabotaj oleh UMNO. Selain
UMNO, PR juga menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai tidak
cekap menjalankan tugas. Mereka
juga turut menuduh Syabas sebagai kroni UMNO bagi menjustifikasi tuduhan
sabotaj tadi.
Kita dapat mengesan bahawa strategi menyalahkan UMNO dan Syabas
ini telah dimulakan seawal tahun lepas iaitu kemungkinan besar apabila kerajaan
negeri mula menyedari yang kedegilan mereka telah memakan diri. Kenyataan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan
Tempatan Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew pada 8
Januari 2013 ketika melawat ke kawasan terjejas memperlihatkan bagaimana
liciknya kerajaan negeri cuba menyalahkan Syabas.
Menurut Ronnie Liu, “Bekalan air di Selangor dijangka mencukupi
sehingga 2016 sekiranya rumah pam tidak mengalami masalah kerosakan sekiranya
23 loji atau rumah pam yang ada di seluruh negara dalam berkeadaan baik.” Ronnie Liu kemudiannya menyalahkan
Syabas kerana gagal menyelenggara loji dengan baik.
Kenyataan Ronnie Liu sebenarnya membuktikan yang kerajaan negeri
telah gagal membuat persediaan ke atas kemungkinan yang tidak dijangka, tetapi
menyalahkan pihak Syabas yang telah berkali-kali mengingatkan tentang keadaan
loji yang lama dan perlu menampung penambahan drastik pengguna setiap
tahun.
Hari ini, strategi meletakkan kesalahan ke atas bahu Syabas ini giat dijalankan oleh Malaysiakini dan beberapa media pro-PR. Pihak PR sedaya upaya cuba menggambarkan bahawa Syabas telah gagal mengemukakan perancangan kecemasan dan gagal bertindak dengan cekap dalam menguruskan pengedaran bekalan air.
Pendek kata, semuanya salah Syabas. Komen-komen para pembaca setia
Malaysiakini pula menuduh Syabas sebagai kroni UMNO dan sengaja mengsabotaj
penghantaran air kepada rakyat sepertimana ‘skrip’ asal tadi.
Namun, majoriti rakyat tidaklah sebodoh penyokong PR. Dari kesungguhan Malaysiakini
memainkan isu menyalahkan Syabas secara konsisten, ramai yang mampu melihat
bahawa kerajaan PR Selangor kini berada dalam keadaan buntu dan mungkin juga
panik. Mereka jelas telah
ketandusan alasan untuk membela diri apabila krisis air benar-benar
berlaku.
Apatah lagi dalam keadaan di mana PRK Kajang pula akan diadakan
dalam masa terdekat, tentulah lebih sukar lagi bagi PR untuk berhadapan dengan
rakyat. Justeru, strategi
yang tinggal hanyalah untuk menuding jari kepada orang lain secara
agresif.
Adalah difahamkan bahawa Syabas langsung tidak dijemput oleh
kerajaan negeri ke mesyuarat berkenaan masalah air di Selangor. Tetapi, sebaik sahaja selesai
mesyuarat, PR membuat kenyataan media dengan menyalahkan Syabas
sepenuhnya. Jika ini
benar, maka ia merupakan satu taktik kotor dan amat tidak bertanggungjawab oleh
pihak kerajaan negeri.
Setakat ini, Syabas telah membuat kenyataan media bagi membela
diri dari terus difitnah oleh kerajaan negeri. Kenyataan Syabas pada 25 Februari 2014
adalah seperti berikut:
“Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin merujuk
kepada kenyataan Pengarah Strategi PKR dan Ahli Parlimen Pandan Y.B Rafizi
Ramli baru-baru ini berkaitan dengan penutupan loji rawatan air Cheras Batu 11
dan Bukit Tampoi semenjak 28 Januari 2014 akibat pencemaran ammonia di sumber
air mentah Sungai Langat.
Pihak SYABAS ingin menegaskan bahawa kenyataan Y.B. Rafizi Ramli
adalah tidak tepat dan tidak berasas. Tugas memastikan tiada pencemaran pada
sungai dan empangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri
Selangor.
Justeru itu, pihak SYABAS akan mengambil tindakan undang-undang
terhadap Y.B. Rafizi Ramli kerana telah menfitnah SYABAS dengan kenyataan yang
tidak benar sama sekali”.
Dari kenyataan media Syabas, tidak hairanlah kenapa krisis air
begitu meruncing. Rupa-rupanya
kerajaan negeri langsung tidak tahu bidang tanggungjawab mereka dalam urusan
bekalan air. Inilah
akibatnya jika bersikap bodoh-sombong tetapi teringin menjadi kerajaan.
Malang sekali bagi rakyat Selangor kerana memilih parti yang tidak
tahu bidang tugas kerajaan negeri, enggan memikul apa-apa tanggungjawab dan
penipu pula. Mungkinkah
krisis ini akan membuat rakyat Selangor merasa serik dengan PR? Atau apakah mereka lebih rela
berhadapan dengan masalah air yang kronik asalkan tidak ‘mengkayakan kroni
UMNO’ - kononnya?
No comments:
Post a Comment