Selasa lalu, pejabat portal media Malaysiakini yang terletak di Bangsar Utama telah disabotaj pihak tertentu.
Selain disimbah cat merah dan disyaki dikenakan sihir, seekor itik turut ditinggalkan di luar pejabat berkenaan.
Itik tersebut yang pada mulanya disangka sudah mati, ditinggalkan dalam satu kotak kertas bersebelahan pintu masuk pejabat portal berkenaan.
Selepas dikeluarkan, itik tersebut bagaimanapun bertindak agresif dipercayai kerana trauma diikat dan diletakkan dalam kotak dalam tempoh yang lama.
Ia kemudiannya diambil oleh anggota forensik untuk dijadikan salah satu bahan siasatan sebelum dipulangkan semula kepada Malaysiakini.
Dalam satu kenyataan disiarkan di Malaysiakini hari ini, Ketua Pengarang portal media berkenaan, Steven Gan mengumumkan haiwan tersebut akan dijadikan ‘itik angkat’ oleh mereka.
Begitu pun kerana ruang pejabat di Bangsar Utama sekarang agak terhad, itik itu hanya akan mempunyai ‘tempat duduk’ sendiri di pejabat baru mereka di Petaling Jaya yang dijangka siap pertengahan tahun ini.
Justeru buat sementara waktu, itik tersebut akan dijaga oleh seseorang yang berpengalaman membela haiwan.
Dalam pada itu, Gan turut mempertikaikan tindakan polis yang mahu mengambil semula itik itu untuk tujuan siasatan selepas menyerahkannya kepada mereka.
“Kami tidak mahu terlibat dalam PEREBUTAN HAK PENJAGAAN dengan polis, tetapi kami tidak akan menyerahkannya sehingga mereka menjelaskan alasan di sebalik permintaan itu,” katanya, sebagaimana disiarkan Malaysiakini.
– mynewshub
Aakj ; "Portal ITIK" hahahaha tuuuiHHH la weyyy
Post a Comment