Home » » Pesawat Terhempas ; Air Asia Tidak Minat Dakwa Si Penyebar Fitnah?

Pesawat Terhempas ; Air Asia Tidak Minat Dakwa Si Penyebar Fitnah?

Written By Unknown on 18/02/2014 | 4:36 pm

AirAsia Terhempas

Ramai yang panik seketika apabila dimaklumkan mengenai berita kononnya sebuah pesawat Air Asia AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur telah terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
 
Ada di kalangan masyarakat yang segera membuka televisyen untuk melihat laporan berita mengenainya dan ada yang menghubungi rakan-rakan untuk kepastian. Malah ada juga yang mula sedih dan risau, kerana khuatir sekiranya ia melibatkan keluarga atau saudara terdekat yang secara kebetulan mungkin  menggunakan pesawat yang sama untuk ke Kuala Lumpur.
 
Namun apabila diperiksa dengan pihak Perhubungan Korporat Air Asia, ternyata berita mengenainya adalah FITNAH dan PALSU. Tambah mengejutkan apabila ia disebarkan oleh wakil rakyat dari parti yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam.
 
Berita mengenainya mula disebarkan oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi melalui laman twitternya semalam yang kemudiannya turut disebarkan oleh para pengikutnya di laman sosial tersebut.
 
Dia yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, ‘Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb’.
 
Paling menarik, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah turut bertanggungjawab menyebarkan berita FITNAH dan PALSU itu. Menyedari akan kesilapan yang dilakukan  itu Nurul segera memadamkan tweet tersebut dan menyatakan maaf secara terbuka kerana tidak memeriksa kesahihan berita tersebut.
 
Namun apa yang dikesalkan ialah, sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan maaf dari Adun Pas itu. Seolah-olah dia langsung tidak merasa bersalah atau bertanggungjawab atau penyebaran berita FITNAH dan PALSU itu.
 
Ini kerana sekiranya laporan FITNAH dan PALSU ini tidak mencetuskan kekecohan ia mungkin tidak perlu dipersoalkan. Namun apabila ia disebarkan oleh mereka yang mempunyai jawatan tinggi dalam parti politik yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam ia perlu dipandang serius.
 
Ia bagi mengelakkan pandangan negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam. Paling mengecewakan apabila, ini bukanlah kali pertama Syed Azman menyebarkan fitnah dan berita palsu.
 
Pada 16 Mei tahun lepas, dia turut dilaporkan pernah menyebarkan satu berita palsu mengenai kenaikan harga barang yang akhirnya terbukti ia tidak berlaku. Malah Adun Batu Burok turut dikatakan menyebarkan dakyah mengenai kenaikan harga gas memasak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 tahun lepas.

Oleh ZR
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger