Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan kes cerai membabitkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.
Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh itu selepas berjumpa dengan pihak-pihak dalam kamarnya di sini yang memaklumkan masih berusaha untuk mencari penyelesaian secara baik.
Bagaimanapun, Nurul Izzah selaku plaintif tidak hadir pada prosiding itu.
SEMENTARA itu Nurul Izzah tidak memohon fasakh sebaliknya memohon penceraian secara baik.
Nurul Izzah menyerahkan permohonannya bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
No comments:
Post a Comment