Home » » Jambatan Ke Dua Pulau Pinang ; Kadar Tol Tidak Melebihi RM10.00

Jambatan Ke Dua Pulau Pinang ; Kadar Tol Tidak Melebihi RM10.00

Written By Unknown on 27/02/2014 | 9:00 am



Kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah tidak melebihi RM10, menurut syarikat pemegang konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).

Pengarah Urusannya Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata JKSB mencadangkan kadar tol RM7 kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia tetapi keputusan muktamad hanya akan diumumkan pada 1 Mac.

“Kadar tol adalah kurang daripada RM10 tetapi melebihi RM7. Jika kadarnya terlalu tinggi, tidak banyak kenderaan akan menggunakannya,” katanya kepada pemberita selepas lawatan suai kenal media di plaza tol Batu Kawan, di sini, hari ini.

Ismail berkata JKSB berharap untuk memperoleh keuntungan dalam tempoh 10 tahun dengan 100,000 kenderaan dijangka menggunakan jambatan itu di tengah-tengah kepesatan pembangunan Batu Kawan terutama kawasan perindustrian.

Jambatan berharga RM4.5 bilion itu, yang menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar, dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu ini dan dibuka kepada kenderaan pukul 12.01 tengah malam, Ahad.

Ismail berkata tender bagi pembinaan dua Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) akan dipanggil dalam tempoh enam bulan akan datang membabitkan kos RM60 juta dan dijangka siap dalam masa tiga tahun.


Aakj ; masa jumpa Menteri Kerjaraya, Datuk Fadillah, Aakj d maklumkan oleh beliau bahawa Jambatan ini juga merupakan yang terpanjang d Asia Tenggara..17 KM atas air dan 7 KM atas darat..malah beliau tegaskan bahawa tohmahan liar mengatakan jambatan ini sengaja d rekabentuk agar nampak panjang supaya boleh kenakan Tol yang mahal kepada pengguna adalah SALAH..rekabentuk jambatan ini mengambil kira aspek "highly technical", pencemaran dan penjagaan alam sekitar.

Menurut Datuk Fadillah lagi, rekabentuk dan teknologi Jambatan Kedua Pulau Pinang ini d buat sepenuhnya oleh Anak Malaysia dari Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak yang berpengkalan d US.

Pengguna jambatan ini juga tidak d kenakan bayaran selama sebulan dari tarikh ianya d rasmikan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger