Dia menukar air botol di bilik tidur majikannya dengan air kumbahan dan mencelup berus gigi mereka ke dalam lubang tandas.
Pembantu rumah itu mendedahkan perbuatannya dan berkata selepas merana dengan tugasannya selama tiga bulan, dia membalas dendam kepada majikannya, sepasang suami isteri, kerana mereka “menyakitkan hati dan tidak bertimbang rasa.”
“Saya membalas dendam dengan menyelinap masuk ke bilik air mereka dan mencelup berus gigi mereka ke dalam tandas,” katanya.
Menurut sumber, wanita itu melakukan beberapa lagi “kerja gila” untuk membalas dendam sebelum berhenti kerja.
“Isteri majikan saya selalu meletakkan botol air di tepi katil dan saya juga mencampurkan air itu dengan air dari lubang tandas. Ia membuatkan saya rasa puas ketika itu,” kata wanita itu.
Menurutnya, perbuatannya mungkin memberi kesan buruk terhadap majikannya.
“Saya mendapat tahu dari seorang kenalan yang mereka kini mengalami masalah kesihatan, tetapi saya tidak tahu penyakit apa dan saya risau saya menjadi penyebabnya,” katanya. -Agensi
Post a Comment