23/02/2014

BR1M ; Cara Membuat Rayuan Kepada Yang Gagal




Rayuan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 bagi calon gagal dapat BRIM. Menerusi kenyataan rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pemohon yang gagal dapat brim boleh mengemukakan surat rayuan ke LHDN selepas 22 Februari 2014.


Seperti BR1M yang terdahulu, kerajaan menerusi LHDN bersedia untuk mempertimbangkan semula permohonan individu berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan tetapi gagal mendapat bantuan berkenaan sekiranya mereka berjaya mengemukakan bukti mencukupi. Untuk info, pembayaran BR1M 3.0 akan dibuat mulai 22 Februari 2014. Calon yang gagal mendapat bayaran boleh mengemukan rayuan BR1M seperti yang tertera dibawah.

Cara Buat Rayuan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

1. Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan.

2. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

3. Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonannya untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.

4. Pembayaran akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.


melvister

4 comments:

  1. Aku dah 2 kali kene mengadap LHDN untuk buat rayuan...Tak kan setiap tahun kot aku kene hadap mereka..sedangkan gaji aku tak sampai RM3000

    ReplyDelete
  2. mcm nak kena minta sedekah ja... aku redha jela bukan rezeki aku...

    ReplyDelete
  3. Lol-ingt kita ni apa nak p buat rayuan..ni ker slogan janji di tepati..nak minta orang p buat rayuan.

    ReplyDelete
  4. Pasal berita nk bgy brim tahun ni x kecoh mcm dulu..tetiba jeh dgr citer brim masuk 22 hb.. Xsmpt nk buat kemaskini...nk bgy mcm x ikhlas jeh..nk kene buat rayuan larh plak...xdt thun ni xmati kebulur lar...

    ReplyDelete