Home » » Benarkah Kalau Guna Pelekat Kereta "Pekida" Polis Tidak Tahan?

Benarkah Kalau Guna Pelekat Kereta "Pekida" Polis Tidak Tahan?

Written By Unknown on 21/02/2014 | 4:10 pm



Sebuah laman Facebook dikesan mengaut untung mudah dengan menjual pelekat cukai jalan kereta dengan logo Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).






Pelekat yang dijual pada harga mahal iaitu RM25.90 + RM10 pos itu didakwa boleh membantu pemandu apabila berlaku sekatan jalanraya oleh pihak berkuasa.






Ia juga dikatakan dapat membantu apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya dengan kaum Cina dan boleh digunakan tidak kira sama ada oleh ahli mahu pun bukan ahli Pekida.




Perbuatan pemilik Facebook ini mendapat kecaman ahli Pekida yang meninggalkan komen di Facebook terbabit.

Ia didakwa memberikan imej negatif kepada pertubuhan namun teguran tersebut nampaknya tidak memberi kesan.







Buktinya, dalam satu pos baru admin page Facebook ini mengucapkan terima kasih kepada semua pembeli pelekat yang dijualnya dan akan memaklumkan jika ada pelekat baru.




Nampak gaya, perbuatan tidak bertanggung jawab ini perlu disiasat segera kerana nyata ia menipu orang ramai.

Secara logik, mana mungkin kesalahan trafik boleh dipandang sebelah mata semata-mata kerana sekeping pelekat mewakili pertubuhan tertentu bukan? - mynewshub

foto hiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger