Home » » Akhlak Artis Malaysia ; Fitnah Seks Bebas Lampau Demi Jahanamkan Perkahwinan !!

Akhlak Artis Malaysia ; Fitnah Seks Bebas Lampau Demi Jahanamkan Perkahwinan !!

Written By Unknown on 20/02/2014 | 10:00 pm




BIARPUN sedang membuat persiapan perkahwinan, namun Puteri Sarah Liyana, bagaimanapun masih lagi dihimpit dengan cerita kontroversi dengan bekas teman lelakinya, Ammar Alfian.

Ammar menerusi sebuah portal hiburan bukan sengaja masih tidak berpuas hati dengan hubungan mereka yang tidak kesampaian, bahkan turut membuat dakwaan keterlaluan dan boleh menjejaskan imej pelakon Kawan ini.(rujuk gambar)




Terkilan dengan dakwaan yang tidak berasas itu, Puteri Sarah menerusi Twitternya, menepis dakwaan itu sekeras-kerasnya. Malah dia turut menegaskan, tidak pernah memberi kenyataan kepada mana-mana media berhubung isu tersebut.

Apa lagi membuat kenyataan bahawa dia tidak ambil kisah terhadap tuduhan yang dilemparkan bekas kekasihnya itu.

Enggan terus terpalit dengan kontroversi tersebut, pelakon yang sudah hampir setahun berhijab ini lebih selesa berdiam diri dan menguruskan persiapan majlis perkahwinannya nanti.

Malah menerusi Twitternya, juga jelas menunjukkan bakal isteri Syamsul Yusof ini sudah tidak sabar untuk melangkah ke alam perkahwinan yang hanya tinggal lebih kurang 16 hari sahaja lagi.

Sarah dan Syamsul bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada pagi 8 Mac 2014 di Masjid Sri Damansara. Majlis resepsi pula diadakan pada sebelah malam hari yang sama dengan bertemakan Islamik Arabian Night.-SH.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger