VIDEO seorang pelajar Sekolah Menengah Spectra di Singapura yang memarahi dan mengarahkan seorang guru meminta maaf kepadanya kini ‘viral’ di laman sosial.
Kejadian itu dipercayai dirakamkan oleh seorang rakannya di dalam kelas.
Pelajar yang bernama Justin itu pada mulanya diarahkan oleh guru tersebut untuk kembali ke tempat duduknya sewaktu berada di meja rakannya.
Mungkin cuba menunjukkan protes, dia datang semula ke meja rakannya sebelum guru itu menjerit memanggil namanya.
Apa yang mengejutkan, dia membalasnya dengan berkata:
“Am I deaf? Just answer my question…you should not shout, I’m not deaf, okay…Who ask you to shout? I’m deaf, ah?” (Adakah saya pekak? Jawab soalan saya..awak tak sepatutnya menjerit, saya bukan pekak… Siapa yang suruh awak menjerit? Saya pekak ke?)
Guru tersebut memohon maaf atas perbuatannya itu, namun ia tetap tidak memuaskan hati Justin.
Dia kemudian mengarahkan guru tersebut meminta maaf sekali lagi dan pada masa yang sama kelihatan ‘berleter’ pada gurunya itu.
Melalui akaun Facebook The Real Singapore, ramai yang mengecam perbuatan pelajar itu dengan menyifatkan perbuatannya itu sebagai kurang ajar dan perlu dihukum.
Bagaimanapun, artikel terbaru yang disiarkan melalui laman web yang sama melaporkan bahawa pelajar tersebut telah diberi kaunseling dan memohon maaf kepada gurunya.
Menurut guru besar sekolah itu, kejadian itu diharap dapat menjadi pengajaran buat para pelajar lain di masa akan datang.
Hai, inilah nasib guru zaman sekarang! Berbeza sungguh dengan zaman kita dulu-dulu, betul tak?
mynewshub
No comments:
Post a Comment