Seorang wanita yang merupakan pembunuh bersiri membuktikan dia memang ‘mental’ apabila sempat mengambil beberapa gambar selfie ketika dirinya dalam buruan polis.
Joanna Dennehy, 31, akhirnya berjaya ditahan sebelum mengaku bertanggungjawab menikam tiga lelaki di jantung sampai mati seterusnya membuang mayat mangsanya dalam parit.
Ketiga-tiga mayat ditemui di kawasan Peterborough, Cambridgeshire, England antara Mac hingga April tahun lepas.
Ketika perbicaraan kes berlangsung, juri turut diperdengarkan bagaimana Dennehy sesudah membunuh tiga mangsa, masih tidak puas hati dan mahu mencari mangsa baru.
Dia kemudiannya pergi ke daerah Hereford lalu memilih dua mangsa secara rambang iaitu Robin Bereza, 64, dan John Rogers, 56, sebelum menikam mereka.
Bereza dan Rogers bagaimanapun terselamat meskipun mengalami kecederaan parah.
Dennehy dikatakan bersekongkol dengan dua suspek lain iatu Gary ‘Stretch’ Richards, 47, dan Leslie Layton, 37, yang kini turut menjalani perbicaraan di Mahkamah Cambridge Crown.
Dalam pada itu, gambar selfie menunjukkan Dennehy menjelirkan lidah sambil memegang pisau dan menyelit gari di seluar turut dipertontonkan kepada juri ketika perbicaraan berlangsung.
Terdapat juga gambar lain di mana wanita berusia 31 tahun ini menyingkap baju menampakkan coli, sekaligus mempamerkan kesan kecederaan pada perut yang dilakukannya sendiri.
Dua lelaki yang dikatakan bersekongkol dengan Dennehy turut kelihatan bergambar. Aksi teman-temannya ini dikatakan dirakam beberapa minit sahaja sebelum Dennehy cuba menikam mati dua lelaki.
Hasil perbicaraan Dennehy mengaku salah membunuh tiga lelaki yang terdiri daripada kekasihnya, Kevin Lee, 48, kawannya, Lukasz Slaboszewski, 31, dan teman serumah, John Chapman, 56.
Dia turut mengaku salah cuba membunuh dua mangsa lain sementara Richards dan Layton tidak mengaku salah. - mynewshub
No comments:
Post a Comment