20/01/2014

Terkini: Anak Menteri Malaysia Tiduri Artis Di London?








Hidup sebagai selebriti memang banyak sekali dugaan yang perlu dilalui. Bukan setakat tomahan dan kritikan yang terpaksa ditelan malah gosip-gosip liar yang tidak masuk akal.

Nora Dansih merupakan antara artis yang tidak pernah lekang dengan gosip dan kontroversi. Minggu lepas, pelakon comel itu menjadi bahan kritikan ibu Fasha Sandha kerana dikatakan menyebarkan fitnah berhubung amalan ilmu sihir terhadap Jejai.

Meskipun gosip tersebut kembali reda minggu ini namun nama Nora Dansih kembali menjadi sebutan orang ramai apabila tersebarnya kontroversi beliau tidur sebilik dengan kekasih hatinya, Nadeem Nazri ketika bercuti di London baru-baru ini.

Seperti biasa, Nora tidak terus melenting dan marah. Dia mengambil langkah bersabar dan tenang ketika diminta media memberikan penjelasan berkenaan gosip terbaru yang tersebar. Ini sedikit jawapan Nora Danish.

“Apabila pergi bercuti dengan Nedim, kami bukan pergi berdua-duaan. Selalunya percutian kami disertai keluarga dan teman-teman baik saya”.

“Apabila kami bercuti, mesti ada yang fikir bukan-bukan, duduk sebilik dan macam-macam lagi. Kami tak seteruk itu!”

Sementara itu, Nora Danish menafikan tiket penerbangannya ditaja oleh pihak tertentu dan beliau menegaskan itu semua adalah hasil kerja kerasnya selama ini. Katanya, dia masih lagi mampu menanggung segala kos perbelanjaan ke negara Eropah itu tanpa melibatkan tajaan mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment