19/01/2014

Taliban Serang Restoran 21 Maut

Taliban

Sebanyak 21 orang termasuk 13 warga asing terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah restoran di sini, kata polis semalam.
Antara warga asing yang terkorban itu termasuk dua warga Amerika Syarikat, dua rakyat United Kingdom, dua Kanada dan seorang dari Lebanon.
Pemilik restoran itu yang merupakan warga Lebanon turut terbunuh selepas dia cuba melepaskan tembakan ke arah para penyerang berkenaan yang merupakan anggota Taliban.
Seorang anggota polis warga Denmark dan seorang pegawai politik dari Rusia juga terbunuh dalam serangan yang berlaku pada malam kelmarin.
Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan, empat kakitangannya terkorban dalam serangan tersebut namun ia tidak mendedahkan identiti mereka.
Menurut polis Afghanistan, serangan itu dilakukan oleh tiga anggota Taliban yang turut terbunuh dalam kejadian tersebut. – Agensi

No comments:

Post a Comment