Seorang lelaki di German mengaku tidak bersalah di mahkamah Plauen, Saxony telah membunuh kucing teman wanitanya demi membalas dendam apabila mengetahui hubungan mereka bakal berakhir.
David Heinrich, 21, ditahan selepas Mandy Hauser, 20, menelefon pihak polis sebaik sahaja menemui tompokan darah di lantai manakala kucingnya sudah tidak bernyawa lagi di dalam mangkuk tandas di rumahnya.
Sebelum itu, Mandy dikatakan menerima panggilan telefon daripada David menyuruhnya segera pulang kerana ada perkara tak kena berlaku pada kucing kesayangannya.
David bagaimanapun tidak mengaku telah mendera kucing Mandy hingga mati sebaliknya mendakwa dia merawat kucing tersebut kerana masalah kutu.
Ditanya mengapa kucing berada dalam mangkuk tandas, David menyatakan dia cuba mencuci serbuk ubat kutu pada tubuh binatang berkenaan.
Mandy yang bekerja sebagai pembantu jualan berkata, dia rasa amat terganggu dengan kejadian ini kerana menganggap kucing kesayangannya itu bagai anak sendiri. Malah hingga kini dia sering diganggu mimpi ngeri kerana terlalu sedih.
Perbicaraan kes ini akan disambung 28 Januari depan-Dailymail
No comments:
Post a Comment