SERAMAI 18 orang disahkan maut akibat dipijak apabila satu perhimpunan memberi penghormatan terakhir kepada tokoh Islam di India semalam bertukar menjadi tragedi kerana orang yang terlalu ramai.
Menurut laporan agensi Press Trust di India, tragedi itu juga menyebabkan lebih dari 60 orang cedera selepas pintu pagar kediaman Syedna Mohammed Burhanuddin tiba-tiba ditutup ketika orang ramai sedang memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah beliau.
Agamawan India itu meninggal dunia pada Jumaat pada usia 102 tahun dan beliau merupakan pemimpin badan Islam di India dikenali sebagai Dawoodi Bohra.
Di India tragedi kematian akibat dipijak ini sering terjadi dan kebanyakannya berlaku ketika majlis keagamaan.
Pada Oktober tahun lepas, seramai 115 orang penganut Hindu meninggal dunia apabila dipijak kerana beberapa orang panik selepas diberitahu jambatan yang mereka sedang gunakan akan runtuh.
Ketika itu, kira-kira 25,000 orang berada di atas jambatan. Ramai daripada kumpulan itu bertindak terjun ke dalam Sungai Sindh menyelamatkan diri.
Kemudian, pada Februari tahun lepas, 36 orang maut akibat dipijak di sebuah stesen keretapi. Ketika itu, jutaan warga India sedang menghala ke Sungai Ganges untuk sebuah upacara besar-besaran agama Hindu.-newshub
No comments:
Post a Comment