19/11/2013

#VillaNabila ; Remaja Di Jumpai Di Sorok "Hantu Nang-Nak" ?

Villa Nabila Berpuaka Kini Merah

Remaja yang dilaporkan hilang selepas dikatakan masuk ke kawasan rumah banglo tinggal di Danga Bay di sini ditemui hari ini menyorok di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara, dekat sini selepas tengah malam tadi.
Bagaimanapun, berita kehilangannya menggemparkan hampir seluruh negara selepas tersebarnya berita 30 orang remaja masuk ke bango itu yang dikenali sebagai Villa Nabila namun hanya 7 yang berjaya keluar dan 23 lagi hilang.
Selepas siasatan polis, hanya seorang remaja yang hilang ialah Mohd Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun tetapi telah dijumpai.
BudakJumpa
Villa Nabila disenaraikan oleh sebuah laman web pelancongan Amerika Syarikat Expedia sebagai antara lima tempat paling berhantu di Malaysia.
Tinjauan wartawan mynewshub.my di lokasi banglo berkenaan pada pukul 8.30 malam tadi menunjukkan jalan di hadapan banglo berkenaan sesak dengan kenderaan yang ingin melihat dengan lebih dekat keadaan banglo yang didakwa berpuasa itu.

VillaNabila01
Deretan kereta diletakkan di bahu jalan begitu panjang sehingga ramai yang sanggup berjalan kaki untuk sampai ke pintu masuk Villa Nabila.
Pada sebelah petang, pihak polis difahamkan telah menutup laluan untuk ke banglo kosong itu tetapi pada waktu malam tadi, orang ramai dilihat boleh berjalan kaki naik dan meninjau ke dalam kawasan Villa Nabila.
Penulis mengambil peluang untuk berjalan bersama orang ramai dan meninjau keadaan rumah kosong yang mempunyai pelbagai versi cerita selepas lama ditinggalkan terbiar begitu sahaja.
VillaNabila02
Ada yang berani meninjau sehingga ke bahagian belakang rumah yang besar itu dengan menggunakan lampu suluh dari telefon bimbit mereka untuk menyuluh laluan kerana keadaan di sekitar rumah berkenaan begitu gelap.
Tidak kurang juga mereka yang datang sekeluarga dengan anak-anak semata-mata hendak melihat keadaan Villa Nabila yang penuh dengan cerita.
Suasana di dalam rumah tinggal berkenaan meriah dengan cahaya daripada telefon pintar mereka yang menyuluh laluan dan ada yang sanggup mengambil risiko menaiki tangga di dalam Villa Nabila yang sudah reput tanpa menyedari bahaya jika tangga berkenaan runtuh.
VillaNabila03
Menjelang tengah malam, dua kereta peronda polis dihantar bagi memastikan keadaan itu kembali tenang selepas semakin ramai orang membanjiri rumah banglo tinggal itu.
Beberapa pokok besar yang tumbuh dalam kawasan rumah dengan akar yang mencengkam membuktikan sudah terlalu lama rumah agam itu ditinggalkan tidak berpenghuni.
VillaNabila04
Gambar di atas menunjukkan kawasan balkoni Villa Nabila yang menghadap ke arah jalan raya dan sebuah kolam renang yang sudah dipenuhi daun-daun kering.
Menyusul esok beberapa gambar yang menggemparkan di Villa Nabila diperolehi daripada mereka yang berada di sekitar kawasan itu lama sejak dari pagi sehingga ke malam hanya untuk memerhatian suasana Villa Nabila dan mengambil gambar yang penuh tanda tanya. 
VillaNabila06
VillaNabila06
mynewshub

aajk ; perghhhhh gilOOO..apa kes sebenarnya mamat ni lari menyorok...khabarnya rumah makwe dia..ishhhh nok ludoh wehhh

No comments:

Post a Comment