17/11/2013

Video Karpal "Berjalan" !!!!



Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua memang tepat perumpamaan Melayu ini untuk Karpal yang telah menggunakan kepakarannya memanipulasi isu dan keadaan demi kepentingan politik jahat beliau. Sepatutnya umat Islam di dalam parti PAS telah lama sedar bahawa DAP merupakan sebuah parti yang sentiasa berniat jahat untuk menjahanamkan bangsa Melayu dan umat Islam.


Sesungguhnya tindakan Nik Aziz yang rela bersekongkol dengan walaupun syaitan untuk menjatuhkan UMNO yang merupakan parti yang senantiasa membela dan mempertahankan Islam dan bangsa Melayu perlu disedari dan diinsafi akan niat jahat Nik Aziz dan DAP dalam mengemudi pakatan pembangkang dan parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini.


Akhirnya bukti Pengerusi DAP, Karpal Singh yang telah berbohong dengan menafikan beliau meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan Negara telah terbongkar dan dibongkarkan oleh ahli pakatan pembangkang itu sendiri. Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob telah mendedahkan bukti tersebut yang terkandung dalam cakera padat (CD) rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu.


CD tersebut dengan jelas menunjukkan Karpal telah berbohong apabila menyatakan dia tidak langsung menyarankan supaya Pas dibatalkan pendaftarannya sedangkan pada minit ke 6:07 dalam rakaman itu, Karpal jelas didengari menyebut, “operasi melibatkan agama, perkauman, adalah satu perkara yang sangat berbahaya dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama seperti kita. Saya (Karpal) rasa sudah tiba masanya untuk semua parti politik yang berasaskan agama dan kaum untuk dibatalkan pendaftarannya, termasuk walaupun Pas.


Karpal mendakwa bahawa beliau tidak mengeluarkan kenyataan tersebut. Beliau turut menegaskan tidak akan meminta maaf terhadap Pas meskipun kenyataannya itu dikritik beberapa pemimpin tertinggi parti itu. Karpal dalam rakaman itu juga didengari ketika menjawab pertanyaan media mengenai status Pas turut memberitahu bahawa apa yang dicadangkannya itu juga turut termasuk parti sekutunya itu. Maka seruan Karpal sendiri yang mahu supaya kebenaran sesuatu fakta dipastikan terlebih dahulu sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan telah memakan diri beliau sendiri.


Kepemimpinan DAP sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang itu kerana tindakannya jelas merupakan satu pencabulan ke atas semangat setiakawan pakatan berkenaan. Pihak PAS juga telah memberi tempoh selama seminggu untuk Pengerusi DAP itu memohon maaf kerana menyeru supaya Pas dibatalkan pendaftarannya selain membohongi kami apabila tidak mengakui ada menyatakan perkara berkenaan.


Umat Islam harus bersatu demi mempertahankan maruah dan kedaulatan agama Islam. Segala perbezaan kecil yang wujud di antara PAS dan UMNO sepatutnya diselesaikan dengan baik dan berhemah. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh Nik Aziz untuk bersekongkol dengan “syaitan DAP” merupakan satu tindakan terdesak yang bermotifkan dendam peribadi.


Sepatutnya ahli-ahli PAS yang lain berpelajaran dan berpendidikan agama yang jauh lebih tinggi dari Nik Aziz bertindak untuk menyedarkan ahli-ahli PAS yang hanya menurut segala tindak tanduk Nik Aziz berdasarkan obsesi melampau terhadap beliau. Perpaduan umat Islam yang sebenarnya akan dapat menyelamatkan agama Islam dari terus diperkotak katikkan dan di hina dengan sesuka hati.


Aakj ; basso puok kera ni bila salah maka cuba nak menipu Rakyat Malaysia..senang je nak kilas kata tak pernah cakap laa..itu laa ini laa..tuuuiHHH video besi laa..semua nak boddohkan Rakyat..yang pengundi depa ni pun satu hal..semua angguk..srupo pokko !!

hahaha memang karpal berjalan..otak dia berjalan je nak menipu..hari2 pikir apalagi yang nak d tipu..

sumber

foto hiasan je tu

No comments:

Post a Comment