Anwar Ibrahim semakin tertekan susulan kemelut politik
dalaman yang bakal membawa kehancuran kepada pakatan pembangkang yang
diterajuinya.
Antara strategi untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap krisis
kritikal yang dihadapi oleh PKR, Pas dan Dap, pembangkang menggunakan isu
perkauman.
Tujuannya ialah untuk terus memburuk-burukkan kerajaan dan
pemimpin negara seolah Malaysia mengamalkan dasar a ala 'apartheid' seperti
mana yang pernah dilakukan oleh rejim orang kulit putih di Afrika Selatan pada
suatu masa dahulu.
Terbaru isu tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
merobohkan struktur di sekeliling sebuah kuil kecil berusia 100 tahun telah
dijadikan satu lagi agenda rasis oleh pembangkang.
Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran telah
sewenang-wenangnya menuduh kerajaan bersifat kejam dan rasis kerana kononnya
meroboh kuil Hindu dan merampas tanah milik tempat ibadat.
Mungkin Surendran memikirkan beliau boleh menuduh apa sahaja
di dalam Dewan Rakyat di bawah hak istimewa kebebasan bersuara Ahli Parlimen
tetapi apa yang beliau ucapkan adalah pembohongan semata-mata.
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
telah membongkarkan kepalsuan tuduhan pembangkang dalam isu ini dengan
menjelaskan tanah dituduh dirampas adalah sebenarnya milik DBKLK selama ini
bukannya kuil.
Surendran telah mempertikaikan keputusan Yang Di-Pertua
menolak usul Surendran untuk membahaskan isu kuil dan akhirnya bukan sahaja
diarahkan keluar Dewan malah telah digantung daripada menghadiri persidangan
Parlimen selama enam bulan.
Itu satu tindakan tepat yang patut mendapat pujian kerana
jika isu ini terus dipaksakan oleh pembangkang ke atas sidang ahli-ahli
Parlimen, rakyat mungkin akan terpengaruh dengan perancangan pembangkang yang
bersifat rasis serta boleh mencetuskan rusuhan kaum.
Kedua, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan
Mansor telah juga menjelaskan bahawa struktur yang dibina di sekeliling Kuil
Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee itu telah menjadi tempat
simpanan arak.
Malah tidak ditolak kemungkinan kumpulan gangster India
menggunakan tempat tersebut untuk menyimpan senjata api atau menjalankan
aktiviti jenayah mereka.
Menteri berkenaan berkata tapak kawasan yang dirobohkan itu
mahu dibangunkan oleh sebuah syarikat yang lama sebelum ini menawarkan untuk
membina sebuah kuil baru di kawasan lain bagi menggantikan kuil tersebut.
Kerajaan tidak terkejut jika pembangkang memperalatkan isu
tersebut kerana itulah peranan pembangkang yang sentiasa memutarkan belitkan
fakta atau mereka-reka fitnah tetapi bagaimana pula suara sumbang yang pernah
disuarakan oleh pemimpin muda parti komponen Barisan Nasional sendiri.'
Pernah T. Mohan, Ketua Pemuda MIC meminta Tengku Adnan
meletak jawatan berhubung isu perobohan tersebut.
Sepatutnya tindakan tegas perlu diambil terhadap beliau yang
membuat kenyataan menghentam seorang menteri persekutuan walhal parti yang
beliau wakili adalah menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Begitu juga dengan isu Sekolah Kebangsaan Seri Pristina di
Sg Buloh yang juga telah dijadikan isu perkauman oleh pengadu berbangsa India
dan kemudiannya di eksploitasi oleh pemimpin pembangkang berbangsa India.
Rakyat juga tidak lupa bagaimana pemimpin politik pembangkang
daripada kaum India juga bertahun lamanya menggunakan kematian penjenayah A.
Kugan yang mati semasa dalam tahanan untuk menyerang dan memfitnah kerajaan.
Sudah tiba masanya kerajaan tidak lagi menunjukkan sikap
terlalu berlembut atau sikap prihatin yang keterlaluan kerana pembangkang akan
terus 'pijak kepala' untuk mendapat sokongan.
Akibatnya imej kerajaan akan terjejas dan keyakinan rakyat
akan terhakis.
Kerajaan seharusnya menggunakan perundangan yang adil untuk
berlaku adil terhadap semua kaum tidak mengira agama atau budaya tetapi pada
masa yang sama mesti juga bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang
berselindung disebalik isu hak asasi manusia atau agama untuk menggugat
kestabilan negara.
Inilah yang cuba dilakukan oleh Surendran dan pemimpin-pemimpin
pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan pro pembangkang yang akan terus
menyalahguna kebebasan bersuara untuk mencipta fitnah berbaur perkauman.
Sebagai sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya,
sedikit api perkauman yang dinyalakan oleh mana-mana pihak tidak
bertanggungjawab boleh membakar hangus fabrik masyarakat majmuk yang selama ini
hidup dalam keadaan aman dan damai di bawah kerajaan Barisan Nasional.
Pembangkang akan terus memainkan irama perkauman dalam
nyanyian politiknya untuk meraih undi dan mereka tidak peduli sama ada negara
akan hancur atas perbuatan mereka itu.
Post a Comment