Melihat tindak tanduk DAP dalam menguruskan pemilihan parti, maka
kita tidak hairanlah kenapa parti itu telah memomokkan kepada rakyat kononnya
terdapat pengundi hantu dalam PRU yang lalu. Rupa-rupanya, ‘pengundi
hantu’ memang merupakan strategi yang biasa digunapakai DAP untuk mencaturkan
barisan kepimpinan parti.
Ini terbukti apabila mereka yang telah dipecat juga didapati
membuang undi dalam pemilihan semula CEC pada 29 September lalu.
Bukan sahaja isu pengundi hantu tetapi isu kononnya SPR tidak
telus juga sebenarnya adalah bertitik tolak dari strategi parti itu sendiri
yang bersifat tidak telus dalam mengira undi bagi pemilihan ahli jawatankuasa
puasa parti.
Pendek kata, apa yang dituduh oleh DAP ke atas BN adalah
sebenarnya apa yang sedang dilakukan oleh mereka sendiri.
Namun, apa yang lebih pelik dari itu ialah dakwaan wujudnya
cawangan hantu dalam pemilihan semula CEC. Perkara ini dibangkitkan
oleh Wong Yu Liuh iaitu Penolong Setiausaha DAP Taman Seri Sungai Pelek dengan
membandingkan jumlah cawangan yang terlibat dalam pemilihan awal dengan
pemilihan semula.
Dalam pemilihan awal, terdapat 865 cawangan yang berhak hadir
tetapi dalam pemilihan semula, terdapat 985 cawangan yang terlibat, iaitu
pertambahan sehingga 120 cawangan. Bagaimanapun, kepimpinan DAP
tidak pula mendedahkan butiran terperinci mengenai cawangan tambahan
tersebut.
Selain it, DAP juga tidak pernah mendedahkan senarai lengkap 2,576
nama perwakilan yang berhak hadir dari senarai pemilihan awal bagi menjelaskan
bagaimana hanya 1,756 perwakilan sahaja yang dijemput hadir dalam pemilihan
semula.
Cawangan bertambah tetapi perwakilan berkurangan hanya
membayangkan taktik kotor untuk memastikan orang-orang tertentu sahaja yang
akan menang dalam pemilihan tersebut.
Walaupun perkara ini dibangkitkan secara lantang dan berterusan,
DAP telah mengambil sikap ‘pekak badak’ sahaja sehingga ke hari
ini. Walhal, pemilihan CEC merupakan perkara tuntas yang perlu
ditangani segera bagi memastikan parti tersebut sah dan dapat terus
berfungsi.
Dari sikap ‘pekak badak’ DAP, kita mengesyaki yang mereka sedang
merancang sesuatu di sebalik undang-undang pertubuhan mahupun perlembagaan
parti bagi memastikan kepimpinan tertinggi parti itu terlepas dari sebarang
tuduhan.
Namun, kita percaya, tidak mungkin DAP dapat melepaskan diri
begitu sahaja setelah begitu ramai ahli-ahlinya sendiri yang tampil membuat
aduan dan laporan.
Sampai bila DAP akan terus bermain kotor dengan cuba menutup kesalahan
menggunakan cara samseng? Jika benar DAP serius ingin menjadi
pemerintah dan bukan pemberontak atau pengkhianat, maka parti itu wajib
terlebih dahulu mematuhi perlembagaan dan undang-undang.
Jika perlembagaan parti sendiri pun diabaikan, dan undang-undang
juga ingin ditentang, maka bagaimana DAP boleh bermimpi ingin menjadi
kerajaan?
Post a Comment