Kecoh hari ini di laman sosial Twitter tentang kes yang berlaku di sebuah rumah banglo tinggal di Johor Bahru iaitu Villa Nabila.
Topik Villa Nabila turut menjadi topik popular atau trending di Twiiter ekoran satu kejadian 30 orang remaja yang masuk ke dalam villa berkenaan namun yang berjaya keluar hanya tujuh orang.
Difahamkan pada 16 November iaitu Sabtu lepas kira-kira 30 orang berumur lingkungan 20 tahun telah masuk ke kawasan Villa Nabila untuk sengaja merayau-rayau kononnya untuk menjejaki makhluk ghaib dan mistik termasuk hantu.
Villa Nabila disenaraikan sebagai antara lima tempat berhantu di Malaysia oleh sebuah portal pelancongan Amerika Syarikat dikenali sebagai Expedia.
Villa Nabila terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor dan berada di dalam kawasan pembangunan Danga Bay.
Menurut cerita yang berkisar di laman sosial, 23 orang yang hilang masih belum lagi ditemui biarpun operasi mencari oleh anggota polis dan bomba telah dijalankan menggunakan anjing pengesan.
Kata cerita itu, pasukan pengesan turut mendengar jeritan meminta tolong dari dalam kawasan Villa Nabila ini namun kelibat manusia atau mangsa yang masih hilang tidak kelihatan.
Bagaimanapun, kesemua cerita mengenai kehilangan 27 orang dan juga teriakan meminta tolong telah disahkan sebagai palsu oleh seorang wartawan sambilan.
Menurut wartawan itu ketika ini, pihak polis hanya menerima laporan seorang remaja yang hilang apabila tidak pulang ke rumah sejak semalam.
Hazrey dalam tweetnya berkata, ibu mangsa kali terakhir melihat remaja itu di situ masuk ke perkarangan Villa Nabila namun tidak diketahui ibunya dengan siapa.
“Kerana mendengar berita palsu itu, orang ramai datang mengerumuni kawasan pintu masuk ke villa itu sejak pukul 3 pagi tadi,” katanya melalui tweetnya.
Mangsa yang hilang sehingga hari ini ialah Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun.
Menurut wartawan itu, rakan Mohd Izzat turut melihat dia masuk ke kawasan rumah kosong itu bersama rakan tetapi tidak dapat dipastikan berapa ramai jumlah sebenar.
Di Johor, terdapat banyak versi cerita berkenaan Villa Nabila ini tetapi yang nyata ia adalah sebuah rumah kosong yang sudah lama ditinggalkan.
Jika sesuatu bangunan sudah lama ditinggalkan, jin sudah pasti akan menjadikannya tempat tinggal. Ada pula manusia yang penakut tetapi konon memberanikan diri hendak masuk ke Villa Nabila bagi menjejaki hantu.
Kini pihak polis sudah pun menutup laluan masuk ke Villa Nabila untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. – mynewshub.my
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil dari sumber Twitter KYM International dan facebook .
Difahamkan, sebahagian besar daripada remaja yang didakwa hilang selepas memasuki Villa Nabila telah ditemui.
Namun, seorang daripadanya dikatakan telah dirasuk dan terpaksa ditenangkan. Kebenaran di sebalik kisah ini masih disiasat.
mynewshub
Post a Comment