Home » » Waspada Skim Pertanian Tidak Sah – SSM

Waspada Skim Pertanian Tidak Sah – SSM

Written By Unknown on 25/09/2013 | 11:30 pm

Suruhanjaya Syarikat Malaysia


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila ditawarkan untuk melabur dalam skim tidak berdaftar yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan setiap bulan.
SSM dalam satu kenyataan media berkata, agensi itu memandang serius skim pelaburan tidak berdaftar yang menjanjikan kadar pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat kepada orang ramai.
“Setiap skim pelaburan yang ditawarkan kepada orang ramai perlu didaftar untuk tujuan penelitian dan kelulusan oleh badan kawal-selia seperti SSM. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila ditawarkan untuk melabur dalam skim tidak berdaftar seperti ini dan perlu menyemak latar belakang penganjur.
“Semakan boleh dibuat sama ada datang secara peribadi ke pejabat SSM yang berdekatan, menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721400 atau melalui e-mel enquiry@ssm.com.my,” kata kenyataan itu hari ini.
SSM dalam pada itu memaklukan suruhanjaya tersebut memperolehi perintah Injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap dua syarikat yang disyaki menganjurkan skim pelaburan tidak berdaftar melibatkan projek pertanian.
Jelas SSM, skim pelaburan itu antara lain menawarkan peluang kepada orang ramai untuk melabur dalam projek-projek tanaman cili, kacang panjang, halia, ulam-ulaman dan tanaman berdaun dengan modal minimum RM3,000 untuk satu lot.
Manakala, tempoh kontrak ditawarkan selama 24 bulan atau 48 bulan dan kadar pulangan minimum yang dijanjikan kepada bakal pelabur adalah antara RM300 hingga RM390 sebulan, bergantung kepada jenis projek tanaman yang disertai
Justeru, melalui perintah Injunksi itu, syarikat terbabit atau ejen atau mana-mana entiti di bawah arahannya dilarang daripada terus menawarkan skim-skim berikut kepada orang ramai sehingga mereka mematuhi peruntukan Akta Syarikat 1965 dan mendaftarkannya sebagai Skim Kepentingan Program Usahasama Agro Tani 2010/2011, Program Gerakan Usahawan Tani 2012 dan Program Keusahawan Tani 2013. – mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger