Home » » Chin Peng ; Hidup & Matinya Menyusahkan Tanah Malaysia !!

Chin Peng ; Hidup & Matinya Menyusahkan Tanah Malaysia !!

Written By Unknown on 17/09/2013 | 3:00 pm


Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya ketika bertemu Chin Peng pada tahun lalu.

"Pada kali terakhir saya bertemunya adalah setahun lalu di Bangkok.

"Dia beritahu saya perkara sama: Dia mahu pulang ketika masih hidup. Jika tidak, dia mahu abu mayatnya dibawa pulang.

"Dia tidak dapat pulang semasa hayatnya. Inilah kekesalannya yang paling besar," kata Fang, 75 yang pernah menjadi pemimpin propaganda PKM.

Fang berkata beliau akan pergi ke Bangkok untuk bertemu anggota keluarga Chin Peng yang akan memutuskan sama ada akan membawa pulang abu mayat berkenaan.

Katanya, beliau percaya bahawa bahawa rakan-rakan bekas anggota PKM, berjumlah sekitar 300 orang, juga mahu abu mayat Chin Peng dibawa pulang

Seramai kira-kira 340 orang bekas anggota KPM dibenarkan pulang ke Malaysia dan ditempatkan semula ke pelbagai kawasan di negara ini.

Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 1924. Beliau meninggal dunia pada jam 6.20 pagi di Bangkok.

Aakj ; itu kata Fang Shan..bukannya d tulis d atas selai kertas dan sampaikan hasrat hati tentang wasiat nak d tanam d Malaysia dan d tulis juga KEKESALAN dengan apa yang d buat terhadap BUMI Malaysia ini !!

Mungkin benar kata orang tua-tua yang hidup d zaman kekejaman komunis.."masih ada saki baki komunis yang d tinggalkan Chin Peng hidup senang lenang dalam Malaysia ini..mereka tunggu masa untuk bangkit kembali.."

Kalau d perhalusi..siapa yang bersungguh benar nak Chin Peng balik Malaysia ketika dia hidup dan ketika dia mati ?

Kalau d amati ada dua golongan yang bersungguh gunakan isu Chin Peng ini..golongan yang tak senang bila Melayu, Cina dan India hidup aman damai dan golongan baru ni adalah golongan manusia yang cuba curi perhatian Rakyat Malaysia dengan sandiwara tukar bendera dan kononnya mereka berfahaman KOMUNIS..

Chin Peng bernasib baik tidak d khianati seperti orang kanannya yang lain..bila 'kepala' Chin Peng berharga RM250,000 ketika itu..Chin Peng cepat-cepat lari ke Thailand..kalau dia masih lama d hutan Malaysia ketika itu..kepalanya bakal hancur d tembak oleh orangnya sendiri..RM250,000 ketika itu bukan sedikit jumlahnya...






Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger