Home » » Billboard Bahasa Cina ; PBT Takut Bertindak?

Billboard Bahasa Cina ; PBT Takut Bertindak?

Written By Unknown on 03/09/2013 | 6:00 pm

PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pihak yang enggan menggunakan bahasa Kebangsaan pada papan tanda atau `billboard' mereka.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut kerana bahasa Kebangsaan perlu diutamakan.
"Hasil daripada makluman orang awam dan pemantauan PPIM, kami mendapati masih banyak papan tanda tidak menggunakan bahasa Kebangsaan.

Iklan

"Sehubungan itu menyeru supaya pihak berkuasa segera menangani perkara ini," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
PPIM dalam kenyataan sama turut melampirkan dua gambar papan tanda yang tidak menggunakan bahasa Kebangsaan termasuk sebuah sekolah vernakular.
"Kami menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak terlibat atas kegagalan mereka mematuhi syarat penggunaan bahasa Kebangsaan pada papan tanda dan `billboard'," tegas Nadzim. - mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger