A. Samad Said ditahan di rumahnya di Pangsapuri Bangsar Utama, di sini, tengah malam tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes pengibaran bendera 'Sang Saka Malaya' baru -baru ini.
A. Samad Said ditahan pada pukul 12.25 malam sebelum di bawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangannya.
Bagaimanapun, Sasterawan Negara berkenaan kemudian dibebaskan pada pukul 3 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, penahanan Sasterawan Negara tersebut dibuat bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
"Dia ditahan untuk diambil keterangan berikutan pembabitannya mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada sambutan ambang kemerdekaan lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, A. Samad Said menerusi laman Twitter memberitahu bahawa dia dibawa oleh tiga anggota polis ke IPD Dang Wangi.
Sebelum ini, dua individu iaitu aktivis politik, Adam Adli dan Hishamuddin Rais ditahan Isnin lalu.
Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan semalam pada pukul 3 pagi selepas keterangan mereka diambil.
Kesemua mereka dikatakan terlibat dalam pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada hari sambutan ambang kemerdekaan. - KOSMO!
+ comments + 1 comments
KENAPA PIHAK MEDIA MENAMAKAN BENDERA HARAM TU DGN NAMA "SANG SAKA MALAYA"? BUKANKAH DGN MENAMAKAN BENDERA ITU SECARA TIDAK LANGSUNG PIHAK MEDIA MENGIKTIRAF KEWUJUDAN BENDERA HARAM ITU? HARAP PIHAK MEDIA HENTIKAN MENAMAKAN BENDERA HARAM TU... GUNAKAN "BENDERA HARAM" ATAU "BENDERA ASING"... JANGAN DINAMAKAN BENDERA ORG-ORG YG SAKIT MENTAL TU...
Post a Comment