Home » » Pemuda Pas Pertikai Keputusan Kes Altantuya

Pemuda Pas Pertikai Keputusan Kes Altantuya

Written By Unknown on 23/08/2013 | 11:45 pm



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri serta Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu tujuh tahun lalu.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor mendakwa, keputusan Mahkamah Rayuan itu sesuatu diluar jangkaan ramai pihak kerana sabitan kes terhadap kedua-dua anggota polis tersebut amat kukuh dan kedua-dua anggota polis terbabit telah pun dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2009.
“Kami berasa terkejut di atas keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) daripada tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya.
“Sebelum ini bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang didakwa bersubahat dengan mereka juga telah dibebaskan pada Oktober 2008 oleh mahkamah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
“Nampaknya kesemua tertuduh telah dibebaskan dan tiada siapa yang disabitkan dengan tuduhan membunuh Altantuya,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Riduan meminta keluarga Altantuya bersabar dan tidak berputus asa dalam mencari kebenaran bagi mendapatkan keadilan terhadap wanita tersebut.
Katanya, DPPM turut berharap keadilan masih dapat ditegakkan di negara ini dengan memastikan pembunuh dikenakan hukuman yang setimpal ke atas jenayah yang mereka lakukan.
Dakwanya, pembunuhan Altantuya mencatat rekod hitam dalam sejarah kerana seorang warga asing yang dikaitkan dengan individu berprofil tinggi dibunuh dengan kejam.
“Beliau telah dibunuh dengan kejam, mayatnya diletupkan sedemikian rupa untuk memadamkan kesan, manakala pembunuhnya tidak dihukum sehingga sekarang,” jelasnya. – mynewshub.my


foto kat atas tu sekodar hiase
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger