Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Khamis menggesa kerajaan mengharamkan iklan yang mempamerkan gambar wanita seksi atau lebih dikenali sebagai ‘Hot-Girls’ di papan-papan iklan di pusat bandar ini.
Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata sejak kebelakangan ini banyak papan iklan elektronik menggunakan gambar wanita seksi dalam aksi yang menghairahkan untuk menarik pengunjung ke pusat-pusat hiburan.
“Kelab-kelab malam terutamanya di Lebuh Union mempamerkan gambar-gambar wanita yang dalam aksi menghairahkan adalah sesuatu yang tidak sesuai di negara ini dan melanggar Garis Panduan Penerbitan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNPP),” katanya.
Mohamed Idris berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kelab-kelab malam yang menggunakan iklan berkenaan. – BERNAMA
Post a Comment