
SEORANG pelajar menggunakan helah buat kerja rumah bersama bagi melepaskan diri daripada ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuching di sebuah rumah sewa di dekat sini, lewat malam kelmarin. Ketika serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, wanita berusia 21 tahun ditahan bersama pasangannya yang merupakan rakyat Afrika kerana didapati berdua-duaan (berkhalwat) di dalam bilik di rumah berkenaan.
Wanita itu berkata, dia hanya mahu membuat kerja rumah (assigment) berkumpulan sahaja kerana tidak mempunyai tempat untuk membuat ulang kaji dan kerja rumah sebab dah larut malam katanya.
Manakala, lelaki terbabit berusia 26 tahun dan merupakan seorang pelajar juga, mengakui sudah tinggal di negara ini lebih setahun dan berkenalan dengan wanita itu kira-kira tiga bulan lalu ketika belajar di kolej yang sama.
Kadi Daerah Kuching, berkata, bertindak atas aduan awam, sepasukan anggota diketuai Pegawai Penguatkuasa, dan dibantu beberapa anggota polis memeriksa rumah berkenaan. Menurutnya, anggota penguat kuasa menunggu selama lima minit sebelum pintu rumah dibuka seorang lelaki yang juga rakan kepada lelaki terbabit.
“Pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui pasangan terbabit yang sedang baring di atas katil dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, wanita terbabit menangis kerana ketakutan sebaik sahaja penguat kuasa menyoal siasatnya,”.
“Pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui pasangan terbabit yang sedang baring di atas katil dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, wanita terbabit menangis kerana ketakutan sebaik sahaja penguat kuasa menyoal siasatnya,”.
Pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram atau berstatus suami isteri.
Pasangan terbabit ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
foto hiasan
Post a Comment