Adapun Azmin Ali telah menjadi Menteri Besar Selangor, apakah Azwan Ali @Diva AA akan diangkat di dalam mana-mana agensi kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan?
Azwan, Azmin dan Umi Hafilda adalah antara pemain utama dalam dunia politikus Malaysia. Jangan kita lupa bahawa UMI HAFILDA adalah orang yang berjaya menghalang cita-cita Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Keluarga Pak Ali ini sememangnya SEMPOI belaka. Nampak macam selenga sahaja. Tapi akhirnya berjaya menjajah satu negeri.
Umi Hafilda berjuang bersama UMNO, Azmin bersama PKR dan Azwan di dunia seni. Maka keluarga Pak Ali telah berjaya menjalankan coup di Selangor.
Nampak macam kelakar, tapi tidak juga. Yang sengetnya orang-orang Selangorlah.
Khalid Ibrahim jikalau tidak menjadi MB pun sudah tentunya kaya raya, tepuk dada tanya selera. Kenapa perlu tukar MB yang begitu berhati-hati membelanjakan duit rakyat kepada MB baru yang banyak cerita pelik-pelik.
Siapa pemenang sebenarnya dalam drama politik di Selangor? Penulis rasa sudah tentulah Azwan Ali. Pada tahun 2013 Azwan Ali orang yang pertama menghebahkan bahawa abangnya Azmin Ali akan menjadi MB Selangor.
Pada ketika itu ramai orang yang tidak percaya, tapi sekarang macam mana?
Adakah Azwan Ali akan dilantik sebagai perunding imej rasmi untuk pegawai kerajaan di negeri Selangor. Bagus juga, kebanyakkan dari pegawai-pegawai besar di Negeri Selangor langsung tak ada fashion sense. Adalah lebih baik Azmin melantik Azwan Ali sebagai penasihat imej.
Bersesuaian dengan liberalisma yang dicanang-canangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini. Apakata kita MELETOPKAN imej para wakil rakyat dan pegawai kerajaan di Selangor.
Post a Comment