Home » » Isi Khutbah Masjid Di Selangor Bersumberkan Fitnah

Isi Khutbah Masjid Di Selangor Bersumberkan Fitnah

Written By Unknown on 02/05/2014 | 11:46 pm





Petaling Jaya – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kesal terhadap isi khutbah jumaat yang disampaikan oleh Imam di Masjid Kg. Tunku kerana didakwa menyebarkan fitnah besar.

Menurut beliau, imam di masjid berkenaan ketika menyampaikan khutbah mengatakan judi dan arak adalah merupakan sumber perolehan utama negara.

Asyraf berkata di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semua dana-dana yang diperolehi daripada sumber haram seperti judi dan arak telah diasingkan agar tidak bercampur dengan perolehan yang sah dari segi syarak.

“Kenyataan khutbah tadi yg mengatakan bahawa cukai judi dan arak merupakan sumber perolehan utama negara adalah satu Fitnah dan penipuan.

“Malah dibawah pentadbiran PM Datuk Seri Najib telah mengasingkan dana2 yg diperolehi daripada sumber haram agar tidak bercampur dengan perolehan yang sah dari segi Syarak” jelas beliau di laman sosialnya petang tadi.

Beliau turut meminta agar para imam masjid di Selangor untuk tidak membaca teks khutbah yang sama bagi mengelakkan mereka terjebak dengan dosa fitnah.

Baca juga d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger