Home » » Lebuh Raya PLUS Bakal Berpindah Tangan ?!!

Lebuh Raya PLUS Bakal Berpindah Tangan ?!!

Written By Unknown on 15/04/2014 | 12:20 pm


Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan nadi utama pengangkutan di Semenanjung Malaysia dan kadar tol merupakan antara isu politik yang boleh memberi kesan buruk kepada kerajaan jika tidak ditangani dengan baik. Justeru mahu tidak mahu kerajaan harus menolak sebarang cadangan penswastaan semula secara terbuka kepada mana-mana pihak terutamanya kepada kumpulan Tan Sri Halim Saad.

Akhbar The Star, 25 Mac lalu melaporkan Tan Sri Halim Saad berhasrat mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya PLUS melalui melalui syarikat pelaburannya Idaman Saga. Kononnya melalui pengambil alihan ini kerajaan dapat menyelamatkan kos subsidi sebanyak RM 64 bilion.

Dalam cadangan tujuh muka suratnya, Idaman berjanji akan mengekalkan kadar tol sedia ada dan akan melupuskan sebarang pampasan daripada kerajaan sehingga konsesi berakhir pada 2038.

Idaman juga memberi beberapa janji manis antaranya menawarkan kad diskaun kepada pengguna untuk mengurangkan kadar tol mereka sehingga 50% bagi perbelanjaan antara RM 100-200 tertakluk kepada jarak tertentu.

Menggelarnya Skim Tol Mesra Rakyat, Idaman menganggarkan pengguna akan mengurangkan perbelanjaan sehingga RM 1,200 setahun untuk perjalanan melebihi 50 KM setiap hari dan RM 2,400 setahun untuk mereka yang melebih 100 KM setiap hari.

Bagaimanapun Idaman tidak menyatakan sebarang harga pembelian ke atas syarikat PLUS Malaysia Berhad (PMB) yang menguasai konsesi PLUS. PMB telah diperbadankan pada 29 November 2010 merupakan gabungan dua GLC iaitu UEM Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada 29 November 2011, PLUS telah berjaya melengkapkan pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Berhad (“PEB”). Semenjak itu, PMB menjadi syarikat pegangan Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad, Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (“ELITE”), Linkedua (Malaysia) Berhad (“Linkedua”), Konsortium Lebuh Raya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd (“KLBK”), TERAS Teknologi Sdn Bhd (“Teras”), PLUS Helicopter Services Sdn Bhd (“PHS”) dan ianya juga adalah pemegang saham besar Touch ‘n Go Sdn Bhd.

Sebagai sebahagian amalan korporatnya, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad, anak syarikat milik penuh PMB, telah diperbadankan pada 27 Julai 2011 untuk melakukan penggabungan semua konsesi lebuh raya di bawah satu entiti tunggal. Pemerolehan kesemua aset lima konsesi lebuhraya telah dilengkapkan pada 12 Januari 2012.

Dengan lengkapnya pemerolehan tersebut, PMB adalah pengusaha lebuh raya bertol terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara.

Sejarah Halim dan Idaman

Cadangan pengambil alihan PLUS oleh Idaman Saga ini sungguhpun tampak cantik tapi sangat meragukan. Idaman Saga tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pengurusan Lebuh raya, apatah lagi untuk menguruskan rangakain lebuh raya terbesar di Asia Tenggara.

Manakala rekod Halim sendiri walaupun berpengalaman mengendalikan PLUS pada awal perkhidmatannya menerusi Renong Berhad, namun beliau telah lama meninggalkan industri ini. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada cadangan beliau ini boleh diangkat sebagai satu cadangan yang ampuh atau sekadar usaha membina semula nama beliau dalam bidang korporat tempatan.

Menurut sumber, dalam kertas cadangan yang dise­rahkan kepada Kementerian Kewangan, tidak ada langsung disebut secara terperinci tentang cadangan harga atau nilai pengambilalihan, bagaimana pelan kewangan untuk mengambil alih PLUS bahkan tiada butiran tentang kewangan dan rekod prestasi atau keupa­yaan Idaman Saga untuk melaksanakannya.

Ini merupakan kali kedua Halim Saad muncul untuk mengambil alih PLUS yang boleh dianggap “mercu tanda korporat” beliau sebelum krisis kewangan 1998.

Pada 2009, syarikat yang dikaitkan de­ngan Halim, Jelas Ulung pernah berusaha untuk mengambil alih PLUS tetapi tidak berjaya kerana gagal menyediakan deposit awal RM50 juta dan bukti memiliki dana tersebut.

Antara Kehendak Rakyat dan Kehendak Halim Saad..baca d SINI

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger