Home » » Hampir 3000 Laman Sesawang Di Sekat

Hampir 3000 Laman Sesawang Di Sekat

Written By Unknown on 25/04/2014 | 5:23 pm

KUALA LUMPUR 24 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 2,753 laman web dalam tempoh dari Januari hingga Oktober tahun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, sekatan itu dikenakan atas kesalahan melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta pelbagai undang-undang lain.

Jelas beliau, kerajaan juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang menggunakan akaun sosial palsu atau menyamar menggunakan nama individu lain untuk melakukan tohmahan dan fitnah.

“Memang agak sukar untuk mengesan pemilik akaun sosial palsu yang digunakan untuk membuat pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap individu lain.

“Bagaimanapun, individu yang dikesan berbuat demikian akan berdepan tindakan tegas dari segi undang-undang,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader mengenai tindakan kementerian terhadap pemilik akaun media sosial palsu yang aktif menyebar fitnah.

Dalam pada itu, menurut Jailani, kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Pelan Jalur Lebar Kebangsaan bagi meningkatkan kelajuan internet dan memperluaskan kawasan liputan.

“Melalui projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), pihak kerajaan telah meningkatkan kelajuan internet dari 10 megabitsesaat (Mbps) sehingga 100Mbps.

Suaratv

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger