Home »
Politik
» Terbaru Ketua Puteri UMNO Di Tuduh Khalwat ; Mengaku Tidak Bersalah (Foto)
Terbaru Ketua Puteri UMNO Di Tuduh Khalwat ; Mengaku Tidak Bersalah (Foto)
.
Zuraidah, 34, yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Arau, dan Burhanuddin Ismail didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik di sebuah hotel di Persiaran Jubli Emas di sini, pada kira-kira 01:30 pada 3 Mac.
Zuraidah, dari Kampung Changkat Lada, Mata Ayer dan Burhanuddin, Jalan Hiliran di Terengganu, didakwa melakukan kesalahan itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (1) (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dengan hukuman tiga tahun penjara atau denda RM5,00 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Jaidi Ahmad tetap kes itu disebut semula pada 14 Mei.
Pendakwaaan dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syariah Khairul Anuar Ahmad manakala Zuraidah dan Burhanuddin diwakili peguam Syariah Rabiatul Adawiah Ramli.
Post a Comment