Orang sibuk mencari pesawat #MH370, Wan Azizah sibuk mencari ayam RM1 sehingga ke hari ini.
Sebelum itu, calon PKR itu telah melawat pasaraya Tesco Saujana Impian untuk bertemu dengan rakyat tanpa sebarang halangan.
Para petugas kempen mengedarkan risalah empat muka surat bertajuk 'Cerita Kak Wan' dan manifesto.
Tindakan pihak kempen Wan Azizah cuba menuduh bahawa pasaraya Giant Kajang bersifat memihak kepada Barisan Nasional dianggap tidak wajar dan tidak matang.
Tidak tahukah Wan Azizah bahawa tindakan mereka ini boleh dikatakan menganggu perniagaan peniaga lain? Nak berkempen apa sampai nak masuk ke dalam Giant? Tidak cukupkah di pintu masuk Giant saja?
Sudah tentunya Giant mempunyai hak untuk menghalang Wan Azizah dan para petugas kempennya memasuki kawasan milik pasaraya Giant. Tanah orang, hormatlah sikit.
Tersebarnya perkara ini di facebook pro-pro pembangkang yang menyarankan kepada penyokong mereka agar memboikot pasaraya berkenaan semata-mata hal remeh dilihat seperti budak kecil yang merajuk tidak diberikan gula-gula.
sumber
Post a Comment