Kajang – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memuji pentadbiran Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan praktikal dan baik hati kerana lebih mengutamakan kepentingan rakyat.
“Tapi Tan Sri Khalid sekurang-kurangnya dia praktikal, masalah tiada air di Lembah Klang (sehingga) Selangor dan Kuala Lumpur terpaksa catu air. Tan Sri Khalid, dia tengok masalah ini, dia kata kita perlu ada perjanjian dengan kerajaan Persekutuan. Kalau Anwar, haram tak ada perjanjian.
“2017 kalau tak ada loji rawatan air Langat 2, yang akan cuci yang akan rawat air mentah yang datang daripada Pahang, tidak akan ada air langsung di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya ketika berceramah di Kajang semalam.
Menurut Khairy berbanding Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang lebih rela membiarkan rakyat menderita demi kepentingan politiknya.
“Kalau ikut suka Anwar, tidak payah ada perjanjian. Biarlah rakyat menderita, supaya dia boleh kata, ini salah Barisan Nasional itu strategi dia. Dia (Anwar) nak ganti Khalid.
“Khalid ini bukan saya nak puji, memang ada kelemahan juga, gagap dia memang A, tapi sekurang-kurangnya hati baik juga. Bila sampai masa, kita dah menghadapi krisis air, dia boleh duduk dengan Maximus Ongkili dan Perdana Menteri untuk sign perjanjian (menandatanggani MoU)… inilah contohnya” jelasnya lagi.
Ketua Pemuda Umno Malaysia itu turut menjelaskan, tindakan itu telah menyebabkan Anwar ingin menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Menurut Khairy selain daripada itu, Khalid turut dikatakan kedekut dalam mengurus tadbir kewangan negeri sehingga meyebabkan kewangan negeri meningat naik.
“Rizab Selangor naik RM3 billion, jadi Anwar nak jadi Menteri Besar untuk mendapatkan RM3 billion itu untuk dibelanjakan. Dia nak tunjuk hebat boleh sampai ke Putrajaya,” jelasnya lagi.
Baca selanjutnya d SINI
Post a Comment