#prkKajang ; Eksklusif Mat Tayson-Aakj ; Kenapa Beliau Tinggalkan UMNO !!
Sapa tak kenal Mat Taib..hebat suatu ketika dulu..hebat ketika bangunkan Selangor sebagai Menteri Besar..dan bertambah hebat bila mula kisah nikah anak Sultan Selangor, Ku Yah dan akhirnya tersungkur kerana bawa duit RM4 Juta tanpa isytihar..kalau tak silap d Australia.
Saat tu bermula sikit kejatuhannya..akhirnya atas dasar Politik Keterbukaan UMNO BN..Mat Taib naik balik menjadi Menteri Pembangunan Wilayah..dalam UMNO beliau d beri tugas sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia ketika Pak Lah jadi PM.
Masa tulah Aakj kenal dia rapat..sebabnya mudah..dia jadi Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya dan Aakj menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagia Kelana Jaya. Hubungan kami jadi rapat sebab d bahagian yang sama dan Mat Taib selalu turun d cawangan Aakj walaupun masa tu beliau sudah bertaraf Menteri. Program 30 orang pun dia datang rasmi..Aakj amat hormat ketika itu..yelah seorang Ketua Bahagian yang bertaraf Menteri turun ke program cawangan.
Pendekkan cerita..bila Datuk Seri Najib naik jadi PM untuk gantikan Pak Lah..Mat Taib tidak lagi d lantik semula dalam Kabinet dan jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia juga beliau tidak d lantik semula. Apalagi beliau kalah teruk ketika bertanding Jawatan Timbalan Presiden UMNO melawan Muhyiddin Yassin.
Ketika PRU13, berita dah bertiup kencang bahawa Mat Taib akan tinggalkan UMNO dan akan bersama Pas..bersama Pakatan Haram..saat tu aakj mulanya tak percaya..dan akhirnya Allah tunjuk..Mat Taib masuk Pas..
Sebelum Mat Taib dengan rasminya isi borang Pas..Aakj sempat hantar SMS..call tak jawab..Mat Taib jawab ; "..Saya Nak Rehat Bermain Dengan Cucu,,"
Rupanya..Allah Maha Kaya...sifat munafik seseorang, Allah takkan biar lama..jawapan berbentuk pembohongan yang nyata..jawapan orang politik..jawapan manusia yang kecewa..sama seperti Anwar..anda cuba ingat balik apa Anwar jawab bila d tanya "benarkah beliau calon PRK Dun Kajang' dan "..benarkah jawatan Menteri Besar itu dia punya..'..lebih kurang gitulah soalannya..akhirnya Allah tunjuk juga...
Hanya Allah saja yang tahu kenapa dan mengapa Mat Taib berpusing dari Radar Politik Matang..apakah kerana TANAHnya banyak d Selangor yang masih belum selesai atau ????
Kepada Mat Taib..Aakj nak sampaikan nasihat..nak berpolitik..berpolitiklah..cuma kalau dia dok mula sebarkan dan rekacipta keburukan UMNO..Aakj sedia naik pentas..dan kita tengok siapa sebenarnya anda !!
Sebab utama Mat Taib tinggalkan UMNO..itu dia saja yang tahu dan dia lupa Allah lebih mengetahui..
Post a Comment