Home » » #MH370 ; Juruterbang Beri Tabik Hormat Terakhir "Gaya Tentera" Sebelum Terbang !!

#MH370 ; Juruterbang Beri Tabik Hormat Terakhir "Gaya Tentera" Sebelum Terbang !!

Written By Unknown on 18/03/2014 | 2:11 pm



KUALA LUMPUR - Juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dilaporkan berubah sikap sebelum melakukan penerbangan ke Beijing pada 8 Mac lalu, lapor akhbar India Today semalam.

Perubahan itu disedari ketika Zaharie memberi salam kepada pengawal keselamatan yang bertugas di luar kawasan perumahan di Laman Seri, Shah Alam sebelum malam penerbangannya.

Sebuah stesen televisyen, Headlines Today mendedahkan, biasanya kapten yang berusia 53 tahun itu akan memberi salam mengikut cara Islam kepada beberapa pengawal keselamatan warga Nepal.

Namun, pada malam sebelum melakukan penerbangan pesawat yang hilang itu, beliau memberi tabik hormat gaya tentera kepada pengawal-pengawal keselamatan itu.

"Terdapat perubahan ketara dengan gaya beliau memberi hormat kepada kami. Sikapnya berbeza berbanding biasa," kata salah seorang pengawal keselamatan yang bertugas di luar kediamannya.

Selain itu beliau dilihat memandu sendiri keretanya jenis BMW 5 Series ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk bertugas pada hari tersebut.

-sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger