Home » , » Malaysiakini Berdegil Ingin Politikkan #MH370

Malaysiakini Berdegil Ingin Politikkan #MH370

Written By Unknown on 19/03/2014 | 4:09 pm


Hampir separuh negara di dunia kini sedang mencari MH370. Semua aset yang berkenaan telah digerakkan ke rantau ini untuk mencari pesawat tersebut. Sejak hari pertama lagi, kerajaan Malaysia telah melakukan segala-galanya yang termampu dan telah menerima semua tawaran untuk membantu dari semua pihak sehingga membawa kepada persoalan mengenai had capaian persempadan negara.

Walaupun kerajaan telah meletakkan MH370 mengatasi keselamatan negara, kerajaan masih lagi dihentam kiri dan kanan oleh pembangkang atas alasan tidak melakukan yang terbaik atau tidak melakukannya dengan betul. Spekulasi dan fitnah disebar di dalam media massa tanpa sedikit pun memikirkan akibatnya.

Tiba-tiba kita seolah-olah kembali ke insiden Lahad Datu di mana tidak seminit pun dibazirkan oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan. Seolah-olah mereka telah menjangkanya dan kemudiannya ‘meraikannya’. Dan apabila perisikan Filipina mendedahkan kaitan pembangkang dengan pengganas Sulu, rakyat tidak lagi menerimanya sebagai satu kejutan.

Walaupun hakikat ini agak mengganggu perasaan, namun kita tidak boleh menafikan bahawa senario sikap pembangkang dalam isu MH370 benar-benar menyamai isu Lahad Datu.

Setiap negara yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH370 telah memuji dan mengiktiraf sikap professional dan dedikasi kerajaan Malaysia. Bagaimanapun, pengiktirafan dan pujian tersebut telah dipersetankan saja oleh pembangkang.

Perkembangan terbaru mengenai pendirian politik Juruterbang yang merupakan penyokong fanatik Anwar, pastinya merupakan tamparan hebat kepada pembangkang. Oleh itu, mereka harus mengemukakan teori bagi mengaburi fakta ini. Untuk tujuan itu, Malaysiakini pantas mencipta fitnah baru.

Malaysiakini, sebuah portal pro-pembangkang yang terkenal dengan menipu, semalam menyiarkan artikel yang menuduh kerajaan sebagai berkali-kali menolak bantuan Interpol dalam usaha mencari MH370.

Nampaknya, ‘menipu’ sudah menjadi perkara biasa bagi portal ini di mana mereka tidak lagi peduli jika penipuan itu merosakkan imej negara. Tanpa mereka ketahui, yang akan tertipu hanyalah penyokong pembangkang sahaja kerana seluruh dunia sedia maklum betapa ikhlas dan bimbangnya kerajaan terhadap nasib MH370.

Seluruh dunia dapat melihat sendiri bagaimana kerajaan telah bekerjasama dengan 15 negara sebagai satu pasukan demi MH370. Pesawat ini pada hari ini, menjadi keutamaan, bukan hanya pada Malaysia, tetapi dunia. Oleh itu, jika Malaysia perlu dipersalahkan, maka seluruh negara yang terlibat juga turut bersalah.

Tidak sukar untuk kita memahami sikap Malaysiakini yang tidak patriotik dan tidak peduli dengan imej negara kerana portal itu telah diketahui sebagai beroperasi atas dana asing. Tampak semakin jelas kini bahawa Malaysiakini bukan hanya sebuah portal berita, tetapi sebuah portal yang membawa agenda.

Apa jua agenda yang dibawanya, ia tidak ada kena mengena dengan kesejahteraan rakyat Malaysia atau keselamatan penumpang dan krew MH370.

Sejak pesawat tersebut hilang, Malaysiakini dan pembangkang secara bergandingan sengaja mempolitikkan keadaan. Hasilnya dapat kita lihat sendiri melalui komen-komen pembaca di portal tersebut. Majoriti pembacanya akan mengucapkan takziah kepada mangsa dalam beberapa patah perkataan sebelum mengutuk dan menghentam kerajaan dalam beberapa perenggan.

Jika matlamat Malaysiakini adalah untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia, menanam perasaan benci dan mencipta generasi yang tidak sensitif serta tidak patriotik, maka kita harus mengakui bahawa mereka telah berjaya.

Media seperti Malaysiakinilah yang melahirkan manusia fanatik dan pembenci.

Walaupun kita enggan memikirkannya, namun dengan hakikat bahawa Malaysiakini menjadi sumber maklumat utama kepada puak pembangkang termasuk Kapten Zaharie, maka kita tidak hairan jika sang juruterbang benar-benar mengambil tindakan sepertimana yang digambarkan oleh media asing.

Biarpun kita sedih dengan apa yang berlaku dan biarpun Malaysiakini terus menipu, namun atas nama kebebasan media, portal itu akan terus bebas beroperasi di negara yang bebas ini.

Pun begitu, percayalah bahawa portal syaitan ini akan terus melaungkan ‘Tiada Kebebasan Bersuara!.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger