Gambar di atas diambil seorang rakan penulis selepas sembahyang hajat yang dibuat selepas Maghrib tadi di Masjid Putrajaya.
Sayu wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari kejauhan.
Seorang rakan yang berkerja dengan beliau memberitahu penulis, beliau amat runsing dan selalu bercerita mengenai nasib penumpang serta anak kapal MH370 yang sudah hampir dua minggu hilang.
Gambar candid yang diambil dengan handphone biasa ni mungkin menceritakan apa yang bermain di jiwa beliau.
Bersamalah kita berdoa untuk yang terbaik dalam episod yang mengegarkan negara ini…Amin
mynewshub
Post a Comment