Home » » Tembakan Misteri Di 20 Lokasi Di Kota Kinabalu Malam Tadi – Angkara Siapa?

Tembakan Misteri Di 20 Lokasi Di Kota Kinabalu Malam Tadi – Angkara Siapa?

Written By Unknown on 11/01/2014 | 2:05 pm


Puluhan tembakan misteri dilepaskan di sekitar 20 lokasi di sekitar Kota Kinabalu tengah malam tadi.
Kejadian itu menimbulkan tanda tanya yang keadaan cemas di bandaraya berkenaan.
Setakat ini belum pengesahan akan pihak mana yang bertanggungjawab melepaskan tembakan-tembakan misteri itu.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan terdapat cubaan untuk menyerang Sabah sekali lagi dua minggu lepas.
“Ada satu cubaan pihak asing untuk memasuki Sabah tetapi kita berjaya mematahkan pencerobohan melalui kerjasama dengan pihak berkuasa lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.
Beliau berkata, ekoran insiden itu polis sedang berusaha untuk mempertingkatkan keselamatan di pantai timur Sabah dengan mempergiatkan Ops Cantas Khas.
Situasi keselamatan di Sabah adalaha isu terpenting negara selepas serangan di Kampung Tandao, Lahad Datu pada Februari tahun lepas oleh pengikut yang mendakwa diri mereka sebagai pemerintah Sulu, Sultan Jamalul Kiram III.
Serangan itu mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, termasuk lapan anggota polis.
Kejadian tembakan misteri malam tadi masih dalam siasatan dan belum ada sebarang maklumat dikeluarkan pihak keselamatan.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger