Home » » #N25Kajang ; "Kalau Aku Jadi MB Selangor, Gaji Aku Lebih Dari PM"

#N25Kajang ; "Kalau Aku Jadi MB Selangor, Gaji Aku Lebih Dari PM"

Written By Unknown on 28/01/2014 | 6:00 pm



Semua orang sudah tahu, Khalid Ibrahim sudah umumkan Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi N25, DUN Kajang dalam satu sidang akhbar pada jam 11.00 pagi, 28 Januari 2014 di Ibu Pejabat Keadilan. 

Mengikut syarat, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Anwar Ibrahim layak untuk menjadi Menteri Besar gantikan Khalid Ibrahim. 

Apakah itu sebenarnya yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim? 

Sudah tentu ianya dianggap "gila" seperti mana yang tulis oleh Azmin Ali dalam Twitternya "Zaman Kegilaan" pada jam 12.24 tengahari, 28 Januari 2014. Pengerusi PKR Negeri Selangor adalah Azmin Ali, mengapa Khalid Ibrahim yang dibiarkan untuk umumkan calon di DUN Kajang? klik d SINI

Kenapa ADUN Kajang yang perlu meletak jawatan? 

Kawasan Kajang adalah kawasan yang paling ideal untuk penyatuan rakyat di Selangor. Ada komposisi 48% Melayu, Cina 40% dan India 10%. 

Di Kajang ada Kolej New Era, simbolik kekuatan Dong Zhong. Di Kajang, ada tiga gereja besar. Di Kajang ada projek RM1.8 bilion yang dibangunkan Metro Kajang Holdings Bhd di Kajang 2 Township. 

Andai kata Anwar sudah menang. Nama Anwar akan dicadang untuk menjadi MB Selangor. Apa kata jika Sultan Selangor tidak perkenan Anwar Ibrahim untuk menjadi MB Selangor?

Apakah ada krisis yang lebih besar berlaku selepas itu? Kajang akan menjadi tempat untuk berkumpulnya semangat anti institusi raja di Selangor. 

Cuba baca blog Kit Siang, setiap hari dia sebut pasal 13 Mei. 

Cuba baca Malaysian Insider, setiap hari mereka perjuang isu kristian. Sudah ada pihak yg seru rakyat agar jangan dengar titah Sultan & Agong. 

Siapa sebenarnya yg mahu 13 Mei? 

Siapa yg baling molokov cocktail di gereja? Tahukah anda di Sabah, pihak Kristian sudah digunakan war cry Kadazan Dusun Murut iaitu "mamangkis" bagi mengisytiharkan perang secara terbuka pada Islam. 

Apakah sudah terpadam cita cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia? 

Apakah ini sebenarnya maksud "konsensus nasional" yang dimahukan oleh Anwar? 

Gaji MB Selangor RM29,250 berbanding gaji PM iaitu RM22,827. Patutlah Anwar hendak sangat jadi MB Selangor
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger