Home » » Murid Di Paksa Makan Rumput Kena Kaunseling, Cikgu Vavi Senyum Gembira?

Murid Di Paksa Makan Rumput Kena Kaunseling, Cikgu Vavi Senyum Gembira?

Written By Unknown on 27/01/2014 | 10:30 am



Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberi kaunseling, jika perlu, kepada dua murid dalam kes dihukum makan rumput, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

“Pegawai JKM telahpun berjumpa kanak-kanak terbabit dan keluarga mereka pukul 11 pagi tadi untuk menyiasat perkara sebenar yang berlaku.




“Esok pula mereka akan berjumpa dengan pihak sekolah bagi tujuan sama,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan kepada 786 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa dan 250 murid Sekolah Kebangsaan Kalok pada Ahad.


Rohani, yang juga Anggota Parlimen Batang Lupar, berkata masyarakat perlu memahami amat penting menjaga kesejahteraan emosi dan tingkah laku kanak-kanak sekali gus menjejaskan pelajaran mereka.

“Mungkin kerana kejadian ini juga boleh menyebabkan mereka tidak mahu datang ke sekolah kerana malu diejek kawan-kawan,” katanya.

Dalam insiden itu, seorang guru menggantung loceng di leher dua murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Meng di Sungkai, Perak serta memaksa mereka makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Aakj ; Cikgu bodoh tu yang wajib d kaunseling..otak rasis dan otak sakit..huh !!
Share this article :

+ comments + 2 comments

1/27/2014 11:56 am

cikgu lembu tu yg wajib kena kaunseling

1/28/2014 7:20 am

Merosakkan imej guru

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger