Selepas Kerajaan Amerika Syarikat tahun ini menghalalkan ganja di Washington dan Colorado , syarikat pengeluar rokok terbesar di dunia dari AS, Philip Morris , memperkenalkan produk baru mereka iaitu rokok ganja .
Wakil Presiden Pemasaran Philip Morris, Serafin Norcik dalam wawancara mengatakan rokok itu akan dijual di gerai - gerai di Washington dan Colorado seperti dilapor laman abriluno.com , Jumaat ( 24 / 1 ) .
Norcik menuturkan syarikatnya sudah melakukan kajian untuk jualan rokok ganja itu .
Norcik menambah pihaknya sudah menghubungi bekas pembekal ubat - ubatan terlarang di Mexico dan Paraguay untuk membuka rangkaian pengedaran di seluruh Amerika Utara dan Selatan . Dua negara itu adalah pengeluar terbesar ganja di dunia .
Phillip Morris kini sudah menyiapkan dana promosi yang besar untuk memasarkan produk rokok ganja bernama " Marlboro M " .
Mereka akan mula memasarkan produk itu pada awal 2015 .
Marlboro ganja. @mattmlaw.com
Post a Comment