Home » » Kelantan Mundur ; Pemimpin Pas Kelantan Kaya Raya ?

Kelantan Mundur ; Pemimpin Pas Kelantan Kaya Raya ?

Written By Unknown on 11/01/2014 | 8:00 am





BACHOK – Keperitan seorang ibu tunggal mencari sisa barangan terpakai di tapak pelupusan sampah dikongsi bersama dua anak perempuannya yang tidak malu ke kawasan tersebut untuk membantunya.

Setiap hujung minggu, Siti Nur Zahira Latif, 9, dan Siti Nur Shahira, 8, akan membantu Siti Nor Hasimah Hasaan, 41, mencari barangan terpakai demi meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

Untuk berteduh, mereka menumpang di rumah pusaka keluarga, milik adik Siti Nor Hasimah di Kampung Kandis sejak awal Januari 2013.

Siti Nor Hasimah berkata, sebelum ini dia tinggal di Johor Bahru selama 16 tahun tetapi selepas bergelar ibu tunggal, dia menerima permintaan adiknya untuk pulang ke kampung bagi membantu menjaga rumah pusaka tersebut.

“Saya hanya bergantung kepada pendapatan mencari barangan terpakai di tapak pelupusan sampah ini. Hari minggu saya bawa anak sekali untuk membantu saya.

"Saya tak ada rumah sendiri dan kalau adik dah balik, saya terpaksa keluar dari rumah itu. Nak menyewa sendiri saya tak mampu dan kalau boleh saya nak cari tempat berteduh sendiri,” kata anak sulung daripada tiga beradik ini.

Menurutnya, dalam kepayahan mencari rezeki di tapak pelupusan sampah itu, dia juga bergelut dengan penyakit tibi dan sakit belakang kesan suntikan ketika bersalin sejak bertahun lalu.

Malah katanya, ada ketikanya, dia tidak dapat keluar mencari rezeki apabila sakit belakangnya menyerang.

Katanya, sebelum ini dia pernah menyuarakan hasrat mendapatkan bantuan untuk anaknya tetapi dikatakan tidak layak.

“Mereka kata saya tak layak dapat bantuan walaupun saya ibu tunggal sebab bila orang datang periksa, mereka akan tengok rumah saya besar sedangkan itu bukan rumah saya tetapi saya tumpang duduk sementara adik saya pencen dan pulang tinggal di sini semula.

“Saya tak tahu kepada siapa saya nak mengadu nasib sebab anak makin besar dan perlukan perbelanjaan untuk persekolahan mereka,” katanya.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger