Sejak dari Pemilihan UMNO Bahagian seluruh Malaysia beberapa bulan yang lalu, aakj lama tak dengar berita, Afendi Hamzah, Mantan Ketua Pemuda UMNO Kelana Jaya..yelah sejak beliau tewas tipis hingga beberapa hari yang lalu aakj bertemu kembali dengan beliau dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Kelana Jaya, Norizal Othman d padang Futsal Subang Jaya.
"..saya masih aktif bersama golongan belia, walaupun tewas jawatan tersebut namun UMNO takkan kita nak buang..kita berjuang bukan kerana jawatan..insyaAllah Allah tahu niat dan kemampuan kita" ujar Afendi.
Menurut beliau lagi, masih ramai golongan belia yang tidak selesa dengan program UMNO, jadi pendekatan menggunakan platform NGO juga perlu. Beliau mengambil inisiatif bersama dengan saudara Norizal Othman untuk teruskan momentum hubungan akrab dengan golongan anak muda di sekitar Kelana Jaya.
"..kami ada anjurkan perlawanan 7-side Futsal dan beberapa siri pertandingan persahabatan antara zon d Parlimen Kelana Jaya.." sambut Norizal.
Aakj juga ada mendengar keluhan dari beberapa anak muda yang aakj jumpa d padang futsal itu.."..sekarang ni , Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang baru tidak buat apa-apa program pun lagi, masih terkial-kial dan dok sibuk makan angin dengan ajknya sahaja..100 hari dah berlalu..habuk berterbangan sana sini.." -Suhaimi
Apapun Aakj ucapkan tahniah kepada saudara Afendi Hamzah yang d lantik sebagai Timbalan Pengerusi Biro Politik & Pidato UMNO Malaysia.
+ comments + 1 comments
Kasihan CK tengok pelbagai tohmahan yg dilemparkan kepada 11 Ketua Pemuda Bahagian Pahang ni gara2 sidang media yg mereka lakukan.
CK bukan lah nak memihak kepada mana2, tapi bagi CK, agak tidak adil jika kita terus menghukum mereka tanpa mendapat penjelasan dari mereka dan tanpa mereka membela diri mereka. Mesti ada sebab tertentu sehingga mereka terpaksa menggunakan saluran media setelah memorandum yang mereka hantar tidak mendapat respon dan maklumbalas daripada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr YB Khairy Jamaludin.
Mengikut sumber daripada salah seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian dikalangan 11 org tersebut, mengikut begitu rasional dan cukup hemah dalam menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini tanpa melibatkan sebarang emosi.
Mereka cuba berbincang dan pelbagai usaha telah dilakukan agar 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian ini dapat berjumpa dgn KJ demi menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini. Tapi sayangnya, pintu utk berjumpa telah ditutup dan pelbagai halangan oleh pihak pihak yg berkepentingan cuba menggagalkan usaha perbincangan tersebut.
Susah sangatkah nak berjumpa 11 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian ni? Kenapa perlu ada protokol dan birokrasi sedangkan KJ sendiri berkata org muda tak suka protokol dan birokrasi. Adakah semua ini Retorik semata-mata. Cakap tak serupa bikin. Masa nak undi cari kami, bila dah menang begini jadinya.
Alhamdulillah setelah sedaya upaya berusaha. Pintu utk berjumpa akhirnya. dibuka. Itupun bersyarat. Tak mahu jumpa 11 org Ketua Pemuda, hanya hantar wakil seorang sahaja.
Maka, 11 Ketua Pemuda Pahang menghantar seorang wakil utk berjumpa KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Kegembiraan dapat berjumpa KJ utk menyatakan hasrat dan pandangan ini begitu bermakna bagi mereka, tapi alangkah terkejutnya. Rasa terhina dan rasa begitu diperlekehkan, apabila KJ bercakap dgn wakil mereka dengan cara dan sikap endah tak endah sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi. Beginikah sikap seorang Menteri Muda yang boleh dibanggakan? Sombong, angkuh dan bongkak. Sebelum menjadi Menteri dan tak ada apa2 jawatan, begitu baik dan amat menghormati dan kagum dgnnya sbg Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bila dah ada kuasa dan dah menjadi Menteri angkuh dan sombong pula jadinya. Perangai KJ ini sama sahaja masa Zaman Pak Lah menjadi PM. Begini lah sikapnya. Ingat ke dah berubah, ternyata lakonan semata-mata.
Berbalik pada cerita tadi. Selepas KJ acuh tak acuh sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi, wakil Ketua Pemuda Bahagian tersebut cukup rasa terhina dan diperlekehkan tanpa menunggu masa yg panjang terus menyerahkan Memorandum Bantahan Perlantikan KP Negeri dan terus bersalam dan beredar dgn hati yg cukup terasa.
14 hari telah berlalu. Tiada satu pun respon dan penjelasan daripada pihak KJ. Kalau KJ anggap perkara ini serius pasti akan panggil semua 11 Ketua Pemuda Pahang ataupun memberikan maklum balas segera. Sayangnya perkara tersebut tak berlaku dan mungkin KJ hanya memandang perkara ini remeh dan acuh tak acuh sahaja.
Maka 11 Ketua Pemuda Pahang ini berbincang sesama mereka dan akhirnya mereka mendapat kesepakatan utk membuat Sidang Media sebagai jalan penyelesaian utk membuka mata pihak berkenaan.
Akhirnya apabila Sidang Media mereka lakukan setelah jalan rundingan ditutup rapat, akhirnya mereka pula dituduh sebagai perosak parti sedangkan dalam diri mereka tebal dengan kecintaan yg begitu mendalam dah roh perjuangan yg begitu tinggi pada parti UMNO dalam membela nasib dan kepentingan agama, bangsa dan tanahair.
Begitulah cerita yg CK boleh korek drp sumber salah seorang wakil drp 11 Ketua Pemuda Pahang tersebut.
Bagi pendapat CK yg begitu rasional. Sebenarnya Perlantikan Jawatan Ketua Pemuda Negeri Pahang bukanlah isu utama sebenarnya, tetapi Isu yg paling utama adalah cara penyelesaian masalah tersebut diurus dengan sikap angkuh dan sombong tanpa diberi ruang pandangan dan penjelasan. Beginikah sikap seorang Pemimpin Muda yg boleh dibanggakan.
Belajarlah menerima dan menghormati pandangan orang lain walaupun pandangan tersebut bernilai 20 sen sahaja.
Sekian. Terima Kasih…
Post a Comment