Pagi semalam, terdapat seorang makcik yang sedang duduk bersila tengah jalan dihadapan Klinik Kesihatan Jabi. Keadaan ini membahayakan diri beliau dan pengguna jalanraya yang lain.
Namun, YB Iskandar (ADUN JABI) yang kebetulan lalu untuk ke Program Dana Bantuan Sekolah telah memberhentikan kereta dan menghampiri makcik tersebut dan memujuk beliau untuk naik ke keretanya.
Setelah dipujuk, akhirnya makcik tersebut telah bersetuju untuk naik ke kereta dan YB Iskandar telah menghantar makcik tersebut ke rumah Pengerusi JKKK berdekatan kerana beliau terpaksa ke Program terlebih dahulu.
Apabila disiasat tentang asal usulnya, makcik tersebut tidak mampu memberitahu dengan jelas kat mana rumahnya.
Akhirnya, pihak YB Iskandar telah meletakkan gambar makcik tersebut didalam Facebooknya dan akhirnya ada kenalan makcik tersebut telah menyatakan lokasi rumah sebenar mak cik tersebut.
Makcik tersebut telah berjaya dihantar ke rumahnya dan akhirnya YB Iskandar telah sendiri menjenguk keadaan makcik di rumahnya di Kg Pengkalan kubur Tembila.
Alhamdulillah, sesungguhnya rakyat DUN Jabi telah memilih YB yang betul, tepat dan sangat rendah diri orangnya.
*** Tertanya2 dan rasa heran bila pihak PAS sentiasa gambarkan yang tak baik tentang pemimpin UMNO seperti sangat zalim dan jahil. Tapi pihak UMNO terus istiqamah dalam perjuangan membela rakyat dan yakin rakyat bijak menilai.
Post a Comment