Home » » Ranking Portal Malaysiakini Merudum !!

Ranking Portal Malaysiakini Merudum !!

Written By Unknown on 31/12/2013 | 11:00 am

Debat-Sinar-3-Nasrudin-vs-Fathul-Bari-19-Julai-2012

Selepas beberapa tahun menguasai penyiaran berita dalam talian di negara ini, Malaysiakini.com akhirnya tewas sebagai peneraju di tangan Sinarharian.com.my melalui ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Alexa.
Tinjauan Mynewshub mendapati, Sinar Harian.com.my berada di tangga ke-16 manakala Malaysiakini berada di kedudukan 17.

mkini akhirnya tewas

Sebelum ini belum ada lagi mana-mana pihak yang berjaya menewaskan portal berkenaan.
Ia adalah satu kejayaan yang sepatutnya dibanggakan oleh Sinar Harian memandangkan ia hanya menyediakan berita dalam satu bahasa yakni bahasa Melayu berbanding Malaysiakini yang menyiarkan berita dalam 4 bahasa yakni Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
Kejayaan Sinar Harian membuktikan bahawa pasaran bahasa Melayu adalah pasaran terpenting dan terbesar di negara ini.
Walaupun ranking itu mungkin berubah kerana Alexa mengemas-kini status secara harian, namun untuk Sinarharian.com.my memintas Malaysiakini untuk tempoh semalam dan hari ini mencerminkan penerimaan orang ramai terhadap berita sensasi terlebih-lebih dan politik lapuk Malaysiakini mulai kurang.
Gaya Malaysiakini yang cuba ‘berlagak’ sebagai medium yang adil tetapi hakikatnya condong kepada pembangkang mungkin kurang disenangi pembaca yang tahu menilai laman mana yang menyediakan berita dengan adil dan jujur.
Ramai pembaca terutama di atas pagar mahukan berita yang tepat dan bukannya menjatuhkan satu pihak melalui penulisan berunsur belit dan fitnah.
Sinarharian.com.my yang hanya beberapa tahun diwujudkan ternyata mendapat perhatian lebih ramai masyarakat kerana menyiarkan berita yang seimbang, menarik dan pantas dikemas-kini.
Jika Sinarharian.com.my meneruskan resepi sedia ada, maka ia dijangka mampu pergi lebih jauh lagi.

-mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger