Home » » Gaduh Guna Teknik Gigit Putus Bibir

Gaduh Guna Teknik Gigit Putus Bibir

Written By Unknown on 03/12/2013 | 3:00 pm


gigit



Pergaduhan antara seorang lelaki dan seorang wanita, yang mungkin mabuk pada Festival Bir Jerman akhirnya berakhir dengan tragedi apabila wanita itu menggigit bibir lelaki tersebut hingga putus.

Berikutan itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan bagi menyambung semula bibirnya.

Aksi ngeri itu dapat disaksikan dalam satu video yang telah dimuat naik di media sosial.

Mangsa cuba melepaskan diri dengan menarik kepalanya daripada wanita itu namun gagal.

Pergaduhan itu berlaku melibatkan sekumpukan lelaki dan wanita, dipercayai berasal dari Australia.

Pada mulanya wanita itu menumbuk lelaki berkenaan namun kemarahan yang menguasainya telah mengakibatkan dia menarik kepala lelaki itu dan mengigit bibirnya.

Selepas bibir berkenaan putus, dia kemudiannya meludah ke lantai.

Rakan-rakan lelaki itu kemudiannya menjerit meminta wanita tersebut melepaskan mangsa.

Wanita itu telah ditangkap, namun punca pergaduhan mereka tidak diketahui.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger