Home » » Foto Sadis ; Lelaki Ini Di Penjara 10 Tahun Kerana Berzina Dengan Haiwan !!

Foto Sadis ; Lelaki Ini Di Penjara 10 Tahun Kerana Berzina Dengan Haiwan !!

Written By Unknown on 03/12/2013 | 1:00 pm

Lelaki 'Rogol' Kambing Dipenjara 10 Tahun

Seorang lelaki, Katana Kitsao Gonam, 28, telah dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku salah melakukan seks dengan seekor kambing dan binatang berkenaan turut dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti.
Gona ditangkap melakukan perbuatan keji itu pada Isnin lepas.
Menurut saksi yang juga jirannya, ketika dia membuang air kecil di dalam semak, dia telah ternampak baju tergantung di atas pokok. Selepas menyiasat, dia melihat Gona dalam keadaan bogel dan sedang melakukan seks dengan kambing berkenaan.
Ketika itu, kambing tersebut diikat di pokok.
Saksi kemudiannya memaklumkan kepada pemilik kambing tersebut dan mereka bersama dengan penduduk telah menangkap Gona.
Laporan daripada doktor haiwan mendapati terdapat kesan darah di bahagian organ dalaman kambing tersebut, sekali gus membuktikan ia menjadi mangsa seks manusia berperangai seperti haiwan.
Meskipun Gona meminta pengampunan daripada mahkamah memandangkan isterinya cacat dan bergantung sepenuhnya kepada dia, namun majistret tidak mempedulikannya.
Sebaliknya dia dihukum penjara 10 tahun iaitu satu rekod baru untuk serangan seks ke atas haiwan.
Bukan Gona sahaja yang menjadi tajuk liputan media dalam beberapa bulan ini, sebaliknya pada Ogos lalu, seorang lelaki dari Britain, Robert Newman telah dihukum penjawa enam minggu selepas mengaku melakukan seks dengan kambing.
Newman juga didaftarkan sebagai pesalah seks.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger