Home » » Foto ;Pengulas Sukan Berdengkur Ketika Siaran Langsung !!

Foto ;Pengulas Sukan Berdengkur Ketika Siaran Langsung !!

Written By Unknown on 31/12/2013 | 2:00 pm

Pengulas Sukan Tertidur Ketika Siaran Langsung

Nampaknya musim cuti ini memang memenatkan bagi bekas jurulatih sukan bola sepak, Mike Ditka, 74.
Apa tidaknya, dia telah tidur ketika menjadi pengulas dalam rancangan ESPN Sunday NFL Countdown yang disiarkan secara langsung.
Selepas menyedari Ditka tertidur, seorang lagi pengulas sukan, Keyshawn Johnson cepat-cepat mengejutkan Ditka memaksa bekas jurulatih Chicago Bears itu bangun.
Duduk di sebelah Ditka ialah Chris Berman, Tom Jackson dan Cris Carter, yang turut mengambil peluang menutup mata sekejab ketika mereka mendengar laporan lansung oleh Josina Anderson di Miami.
Ia bukan kali pertama pengulas tertidur ketika rancangan sedang keudara secara langsung.
Tahun lepas, seorang wartawan Fox News, Douq Luzader yang berada di Washington tertidur ketika dia mengadakan lintas lansung dengan studio di Austin.
Ia mengejutkan penyampai Fox News ketika itu, Joe Bickett yang berulang kali memanggil nama Luzader.
Selepas gagal mengejutkan Luzader, Fox News kemudiannya memutuskan talian dan Bickett dilaporkan berkata, mereka akan kembali semula bersama Luzader.
Namun berita itu terus keudara tanpa disambung semula dengan Luzader.


mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger