Makin terang..tak perlu disuluh lagi..bila Calon Pas Pengkalan Kubor adalah dari Anwarinas yang berselindung di sebalik PasMa maka malam ini mereka hukum Presiden mereka sendiri, Hadi Awang.
Di Masjid Al Huda Pengkalan Kubor, walaupun mereka dah tahu Hadi Awang akan beri kuliah kononnya kuliah agama..namun sebaik sahaja selepas solat Maghrib, geng Anwarinas keluar dari masjid beramai-ramai semata-mata nak 'mengajar' Hadi Awang kerana begitu celupar ketika Muktamar Pas di Johor tempohari.
Mereka kata, gelaran BARUA dan BROKER tidak wajar keluar dari mulut seorang yang kononnya alim, tambahan lagi Hadi Awang baru saja dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.
"Perangai tidak seperti Ulama" - itulah yang Aakj dengar semasa mereka keluar dari masjid.
Rata-rata yang keluar, lebih rela cucuh rokok kat luar masjid sambil berborak antara mereka dari menedah telinga dengar bebelan Hadi yang 'kosong' bagi mereka !!
Aakj pun tak boleh tunggu lama..bukannya dia ngajar ilmu pun..dok kias-kias politik..!!
Bila dah benci.
ReplyDelete